web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Planetmahir Lebar Sayap Ke Pasaran Global, Perkenal Aplikasi AI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 8:30PM

Pengenalan aplikasi AI dan penerokaan ke pasaran pendidikan global itu menandakan bermulanya fasa dua syarikat tersebut yang dikenali sebagai Planetmahir 2.0. - Gambar Planetmahir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penyedia platform pendidikan digital, Planetmahir Sdn Bhd melebarkan sayap dengan memperkenalkan aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi platformnya.

Selain itu, menerusi program MAHIR Tutor A Level, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan kurikulum persekolahan Indonesia, Singapura serta Brunei akan mula ditawarkan tahun ini.

Penawaran tersebut sekali gus menandakan penyertaan Planetmahir ke pasaran pendidikan global.

Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir - Gambar Planetmahir
Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir - Gambar Planetmahir

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, pengenalan aplikasi AI dan penerokaan ke pasaran pendidikan global itu menandakan bermulanya fasa dua syarikat tersebut yang dikenali sebagai Planetmahir 2.0.

“Planetmahir ketika ini merupakan peneraju pasaran dalam industri pendidikan dan latihan. Kami kini bersedia memasuki pasaran global menerusi pengenalan aplikasi Kecerdasan Buatan yang dilancarkan semalam serentak dengan fasa peralihan ‘Planetmahir 2.0’.

“Kami berbesar hati untuk menawarkan satu platform digital yang lebih bermakna kepada semua pelanggan dengan pengalaman pembelajaran dan latihan terkini serta bersifat global,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Ramzi berkata, aplikasi teknologi AI akan membolehkan pelajar mendapatkan pembelajaran peribadi daripada MAHIR AI, iaitu aplikasi berasaskan AI-powered Intelligent Tutoring System.

Tambahnya, ia dibangunkan dengan kerjasama Organisasi Perdagangan Luar Jepun, (JETRO) dan dijangka siap akhir tahun ini.

“Antara ciri istimewa MAHIR AI adalah memberi nasihat kepada pelajar tentang kursus yang boleh diambil berdasarkan kebolehan dan pencapaian mereka.

“Selain itu, ia juga mencerap prestasi pembelajaran, menjangka kebarangkalian lulus atau gagal dalam peperiksaan, automasi pemeriksaan kertas jawapan serta pengesahan pengenalan diri apabila menduduki ujian dalam talian,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Ramzi memaklumkan perkembangan terkini produk kelas digital dalam talian Planetmahir iaitu MAHIR Tutor, kini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

Ia boleh dilanggan dengan harga RM10 sebulan bagi satu subjek manakala pelajar dari keluarga B40 boleh mengaksesnya secara percuma menerusi program tajaan khas. - Gambar Planetmahir
Ia boleh dilanggan dengan harga RM10 sebulan bagi satu subjek manakala pelajar dari keluarga B40 boleh mengaksesnya secara percuma menerusi program tajaan khas. - Gambar Planetmahir

Menurut beliau, ia boleh dilanggan dengan harga RM10 sebulan bagi satu subjek manakala pelajar dari keluarga B40 boleh mengaksesnya secara percuma menerusi program tajaan khas.

“MAHIR Tutor yang juga merupakan sebuah Sekolah Maya, mempunyai lebih 50,000 pelajar dari 397 sekolah di seluruh negara.

“MAHIR Tutor adalah kelas digital dalam talian yang menggunakan teknologi video-on-demand di mana semua subjek pengajaran direkodkan dan boleh diakses secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana jua, sama ada melalui laman web planetmahir.com/tutor atau aplikasi mudah alih Planetmahir.

“Ia dibangunkan dengan bantuan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah program Geran Pembangunan Kandungan (DCG),” katanya.

Selain itu, Planetmahir juga mengumumkan pelancaran Sistem Pengurusan Latihan atau TiMS (Training Management System), khusus untuk kegunaan agensi kerajaan dan Penyedia Latihan.

“TiMS disasarkan akan mula memasuki pasaran global pada suku kedua tahun ini.

“Planetmahir juga sedang giat melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan teknologi terkini di dalam bidang pendidikan dan latihan termasuk pembangunan teknologi hologram dan Extended Reality atau XR,” katanya.

Untuk rekod, Planetmahir  yang ditubuhkan pada 2019 dan mempunyai lebih 100,000 pelajar telah memberikan perkhidmatan digitalisasi di dalam bidang pendidikan dan latihan kepada lebih 30 agensi kerajaan dan swasta. 

Selain tersenarai antara 50 syarikat teknologi digital utama di Malaysia, Planetmahir kekal sebagai Peneraju Pendidikan Digital di negara ini dengan slogan ‘Gedung Ilmu Online’. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Serius Laksana Transformasi Digital Negara, Mahu Rakyat Sedar - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

NVIDIA Akui Malaysia Miliki Sumber, Sedia Bantu Bangunkan Ekosistem AI - PM

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad