web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NVIDIA Akui Malaysia Miliki Sumber, Sedia Bantu Bangunkan Ekosistem AI - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 8:54AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Corporation, Jensen Huang dalam pertemuan di Putrajaya, semalam. gambar FB Anwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan mengenai kesediaan NVIDIA Corporation (NVIDIA) untuk membantu membangunkan ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) di Malaysia.

Menurut Anwar, hasrat itu dinyatakan dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Corporation, Jensen Huang dan Pengarah Urusan YTL Power, Datuk Yeoh Seok Hong di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, NVIDIA adalah sebuah syarikat teknologi multinasional dan telah menjadi perintis dalam pengkomputeran dipercepatkan. 

Beliau berkata, NVIDIA kini adalah syarikat ke-6 terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran. 

"Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami menyinggung potensi Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait Kecerdasan Buatan (AI). 

"Jensen menyatakan kesediaan menyokong hasrat ini dan memaklumkan NVIDIA bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI di Malaysia menerusi sokongan dalam pembinaan pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, selain pewujudan sistem Awan AI Malaysia sendiri," kongsi Anwar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, NVIDIA juga melihat Malaysia mempunyai sumber dan kemampuan dalam menyediakan keperluan dan syarat sebagai sebuah hub AI. 

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, NVIDIA akan mengadakan perkongsian strategik dengan konglomerat Malaysia, YTL yang membina pusat data AI membabitkan pelaburan berjumlah RM20 bilion. 

Malah, katanya, YTL sudah memulakan pelaburan dalam superkomputer berkuasa H100 terbaru bagi membina sistem Awan AI berpengkalan di Malaysia.

"Keputusan NVIDIA untuk melabur di Malaysia adalah satu isyarat yang jelas bahawa pelabur asing, terutamanya syarikat gergasi teknologi dunia terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama di rantau ini.

"Sebelum bergerak pulang, Jensen sempat berseloroh dengan saya bahawa hari ini beliau akhirnya dapat berjumpa dengan ‘Perdana Menteri AI’," kata Anwar. - Getaran, 9 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Mesin Ladang Dijana AI, Hasil Kolaborasi BoomGrow Dan CelcomDigi

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Human Touch' Beri Jiwa Kepada Karya, AI Tidak Mampu Lakukannya

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 48 minit yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad