web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 12:21PM

Ketua Global Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google, Karan Bhatia ketika ditemubual BERNAMA baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gergasi teknologi Google hari ini mengumumkan dua inisiatif untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran tersedia masa depan yang bertumpu kepada kecerdasan buatan (Al) dan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dengan bantuan peralatan produktiviti berasaskan awan yang dipacu Al, yang selaras dengan Kerangka Kerja Ekonomi Malaysia MADANI.

Google berkata, inisiatif pertama melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan kemahiran belia tempatan daripada pelbagai latar belakang dengan menyediakan sehingga 500 biasiswa Sijil Kerjaya Google setiap satu kepada 161 universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di Malaysia sehingga akhir 2024.

"Direka bentuk oleh pakar Google, sembilan Sijil Kerjaya Google melibatkan bidang-bidang seperti keselamatan siber, analisis data dan sokongan IT. la boleh diperoleh dalam tempoh tiga hingga enam bulan melalui latihan dalam talian yang fleksibel dan pantas, tanpa memerlukan pengalaman terlebih dahulu," kata Google dalam satu kenyataan.

Inisiatif strategik bersama KPT ini menandakan pengembangan ketara bagi Gemilang, iaitu program latihan digital yang dilancarkan oleh Google pada 2022 untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh kemahiran digital tanpa kos untuk pekerjaan dalam bidang teknologi yang mendapat permintaan tinggi, tambahnya.

Sejak dilancarkan, Gemilang telah menyediakan 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google untuk memanfaatkan individu di Malaysia, dengan 80 peratus graduan yang memperoleh sijil itu mendapat hasil kerjaya yang positif, seperti pekerjaan baharu, kenaikan pangkat atau kenaikan gaji dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Sementara itu, inisiatif kedua melibatkan Jabatan Digital Negara untuk memulakan inisiatif strategik bagi menggunakan Google Workspace kepada 445,000 pegawai awam.

Langkah itu sebagai contoh, akan membantu pegawai awam mempercepatkan pembangunan dasar, perancangan belanjawan dan perundingan awam dengan membolehkan mereka bekerjasama dalam melaksanakan tugas tanpa bertukar peralatan, mencari maklumat dengan mudah merentas repositori dokumen dalaman menggunakan keupayaan carian berkualiti Google dan memanfaatkan peralatan Al lain yang disediakan bersama untuk memperkemas aliran kerja dan memudahkan membuat keputusan berasaskan data.

Google Workspace menghimpunkan aplikasi berkuasa Al yang digunakan oleh lebih tiga bilion pengguna seperti Gmail, Chat, Kalendar, Drive, Dokumen, Helaian dan Meet ke dalam satu ruang kerja bersepadu, dengan pengurusan akses gred perusahaan secara binaan dalaman, pengurusan peranti, perlindungan data, dan menukar data kepada kod.

Inisiatif baharu ini adalah sebahagian daripada kerjasama strategik yang diumumkan pada Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco tahun lalu, diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ketua Global Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google, Karan Bhatia berkata, ini adalah langkah penting ke arah mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif untuk lebih ramai rakyat Malaysia dan mengukuhkan kemajuan digital negara.

Beliau berkata, ketika kerajaan di seluruh dunia mempertimbangkan kaedah untuk mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya peluang Al, Malaysia menerima teknologi sebagai pemacu utama daya saing negara dan menerajui penggunaan Al yang selamat dan bertanggungjawab dalam sektor awam.

"Inisiatif ini berpotensi untuk mengubah cara perkhidmatan yang disampaikan bagi manfaat semua rakyat Malaysia sambil berusaha melengkapkan orang ramai dengan kemahiran digital yang mereka perlukan," tambahnya.

Malaysia yang mengalami perkembangan pesat dalam ekonomi digital, dijangka menyumbang lebih daripada 25 peratus dalam jumlah output ekonomi negara menjelang 2025, dengan potensinya mencecah sehingga AS$70 bilion dalam nilai barangan kasar menjelang 2030, menyemarakkan lonjakan bagi permintaan untuk kemahiran digital.

Sehubungan itu, usaha proaktif untuk mengembangkan kebolehcapaian kemahiran digital adalah penting bagi mewujudkan peluang pertumbuhan yang inklusif kepada semua rakyat Malaysia.

Google berkata, program latihan untuk merapatkan jurang bakat digital berpotensi membuka nilai tambahan kepada ekonomi negara sebanyak RM87.8 bilion menjelang 2030. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Mesin Ladang Dijana AI, Hasil Kolaborasi BoomGrow Dan CelcomDigi

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Human Touch' Beri Jiwa Kepada Karya, AI Tidak Mampu Lakukannya

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad