web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

Hidup menjadi semakin mudah, hanya muat turun aplikasi di telefon pintar HONOR Magic6 Pro

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 8:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin hari, kehebatan telefon pintar membuatkan kita kagum dengan keupayaannya. Dek itulah, harga untuk sebuah peranti ini semakin mahal dan tidak semuanya mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Terbaharu, jenama teknologi global HONOR mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu yang mampu mengerakkan kereta dengan menggunakan mata ketika pelancaran global Siri HONOR Magic6 di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024, pada Ahad lalu. 

Ciri canggih dikenali sebagai Penjejakan Mata Berkuasa AI ini masih di peringkat ujian dan fungsinya membolehkan pemandu mengawal kereta menggunakan pandangan mata pada HONOR Magic6 Pro tanpa sentuhan fizikal atau arahan suara.

HONOR telah bekerjasama dengan jurutera automotif Profesor James Brighton untuk menunjukkan potensi ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI dan video demonstrasi itu boleh ditonton di saluran YouTube Autocar. 

Dalam video tersebut, HONOR Magic6 Pro memberi respon kepada empat arahan mata yang membolehkan pengguna menghidupkan dan mematikan enjin, selain mengerakkan kereta ke hadapan dan mengundur. 

Semua kawalan ini dilakukan dengan hanya perlu melihat ikon spesifik dan ciri penjejak mata akan menggerakkan kereta dari jarak jauh tanpa pemandu mahupun penumpang berada di dalam kenderaan.

HONOR Magic6 Pro dilengkapi sensor hadapan bagi mengecam ikon yang sedang dipandang pengguna, seterusnya menggunakan AI untuk mengawal kenderaan.   

HONOR yakin teknologi AI ini berpotensi merevolusikan landskap masa depan komunikasi manusia dengan peranti.

Saksikan video YouTube Autocar di https://www.youtube.com/watch?v=zAJnrWQB3iM - Getaran, 27 Februari 2024

Foto : Honor

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

oleh Rahayu MN