web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairy Mulakan Dunia Baharu, ‘Saya Tak Nak Orang Lupa Saya’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 12:21PM

Penampilan Khairy sebagai penyampai radio cukup dinanti peminatnya malah Johan turut mendakwa siaran tersebut diikuti ramai pendengar. - Gambar dari Twitter Hot FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempamerkan sisi berbezanya apabila tampil sebagai penyampai radio Hot FM, pagi tadi.

Menjadi ‘ahli’ terbaharu dalam segmen Bekpes Hot, bekas pemimpin UMNO itu disambut penyampai radio Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan dan regunya Muhammad Azmir Selamat atau AG.

Penampilan Khairy sebagai penyampai radio cukup dinanti peminatnya malah Johan turut mendakwa siaran tersebut diikuti ramai pendengar.

Pelbagai topik dibincangkan termasuk kehidupan seharian beliau selepas pilihan raya pada tahun lalu dengan Khairy berkongsi beliau buntu kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan kerap memikirkan masa depannya.

Tambah mantan Ahli Parlimen Rembau itu, rutin paginya juga berubah kerana beliau akan menyambung tidur selepas solat Subuh.

Beliau jelas menunjukkan usahanya untuk menjadi penyampai radio yang menghiburkan dengan melibatkan diri dalam perbincangan bersama rakan penyampai lain sambil bergurau mengenai penaja segmen berkenaan iaitu jenama penjagaan kulit.

Khairy turut berkongsikan alasannya menyertai Hot FM dengan mengatakan bahawa beliau tidak mahu dilupakan dan masih bercita-cita dalam politik.

“Hot FM adalah yang terbaik di pasaran. Saya pun masih ada cita-cita politik, tak nak orang lupa saya, jadi kita boleh bergurau dan berbincang setiap pagi,” katanya.

Telatah Khairy tidak mengecewakan dan pada masa sama beliau turut menghebahkan bencana gempa bumi yang melanda Turkiye yang mana pendengar boleh turut menderma di platform disediakan radio tersebut.

Segmen tersebut juga turut memberi peluang kepada beberapa pendengar untuk berbual secara terus dengan Khairy.

Seorang pemanggil yang dikenali sebagai Radirul mengucapkan selamat maju jaya kepada Khairy dalam kerjaya terbaharunya dan menjangkakan kehadiran beliau akan menaikkan rating stesen radio tersebut.

Sementara itu, seorang penuntut universiti kursus perancangan bandar bernama Afiqah hampir tidak dapat menahan rasa terujanya apabila berbincang mengenai perancangan bandar di Kuala Lumpur dengan Khairy.

Khairy turut mengesahkan beliau bersedia untuk menyertai pengurusan Johor Darul Ta’zim FC dan berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberikan tawaran berkenaan.

Minggu lalu, Media Prima Audio mengumumkan Khairy akan menjadi penyampai radio terbaharu segmen Bekpes Hot, Hot FM, beberapa minggu selepas dipecat daripada UMNO. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad