web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Laksana Pelbagai Usaha Mudah Cara Majikan Dapatkan Pekerja Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 10:38PM

Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja termasuk pas lawatan kerja sementara (PLKS). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk memudahkan polisi dan prosedur bagi majikan mendapatkan pekerja asing untuk bekerja di negara ini dalam usaha memulihkan ekonomi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Justeru, berliau berkata majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja termasuk pas lawatan kerja sementara (PLKS).

Beliau berkata kerajaan memahami dalam proses pemulihan ekonomi pasca pandemik, terdapat permintaan guna tenaga yang tinggi terutama sektor kritikal seperti ladang, pertanian, pembinaan, perkilangan dan juga perkhidmatan. 

“Lambat laun kita akan dapat mengesan dan apabila kita dapat kesan, kita hanya ada satu pilihan, kita akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas mereka terlibat.

Ketika kerajaan telah melonggarkan banyak prosedur permohonan, mempermudahkan, mereka sepatutnya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan proses yang kita dah mudahkan ini,” kata beliau kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Balai Polis Kahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya membuat pemantauan setiap hari dan setiap kali permasalahan dihadapi majikan atau pekerja asing, agensi yang terlibat telah diminta untuk memudahkankan proses berkenaan.

Selain itu, beliau juga bertemu duta-duta asing termasuk Indonesia, Bangladesh dan Nepal bagi memberi penerangan dan kerjasama agar menerangkan kepada rakyat mereka yang berminat untuk bekerja di Malaysia.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan dua warga Bangladesh yang disyaki menjadi dalang sindiket membekal tenaga kerja warga asing dan pemalsuan PKLS.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Imigresen kerana berjaya menumpaskan sindiket berkenaan, yang dipercayai telah beroperasi sejak tujuh hingga lapan bulan lepas.

Semalam, Jabatan Imigresen menahan enam lelaki termasuk lima warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan yang berkahwin dengan salah seorang warga Bangladesh dalam beberapa serbuan berkenaan di Klang, Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad