web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsep Membangun Malaysia Madani Jadi Garis Panduan Kemudi Negara - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 1:51PM

Anwar menyampaikan Amanat Membangun Malaysia Madani : Visi dan Kerangka Dasar Reformasi pada Majlis Pelancaran Wacana Membangun Malaysia Madani di PICC hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali 'Membangun Malaysia Madani bagi mengemudi Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh pentadbirannya di Putrajaya.

Beliau berkata, konsep kerangka itu diperkenalkan sebagai garis panduan dan ikhtiar kerajaan untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan.

“Negara, peradaban yang dicitakan dan akan dibangunkan kelak haruslah berkonsepkan madani iaitu mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati, punyai keyakinan serta bersifat ihsan.

“Kita perlu melihat kepada kenyataan global pada hari ini, dalam dunia serba tidak menentu, ditandai dengan kerumitan, percanggahan, kekacauan dan keserentakan, suatu kerangka strategik komprehensif harus dibangunkan untuk mengemudi negara menempuh zaman yang ditakrifkan sebagai pasca normal.

“Pasca COVID-19 lebih kompleks dan kita lihat sifat kontradiksi pertembungan, kita lihat permasalahan berlaku dalam konteks yang rumit,” katanya,

Beliau berkata demikian pada Amanat Perdana Menteri Membangun Malaysia Madani, di sini, hari ini.

Anwar memaklumkan, dalam mengungkap madani itu, ia menekankan pemerkasaan ekonomi dan budaya, namun terasnya adalah nilai, etika atau akhlak.

Menurutnya, ia adalah aspek kemanusiaan yang boleh diterima pakai semua agama dan aliran fahaman, tetapi kadang kala sebahagian daripada fahaman itu meremehkan kekuatan keyakinan atau akidah bagi orang Islam serta akhlak.

“Jadi bagi saya, mengungkapkan madani ini kerana ia menekankan soal keyakinan dan kemanusiaan.

“Apabila negara itu dipacu untuk maju, kadang kala tercemar kerana salah laku dan rasuah, runtuh nilai. Maka perlu ada kesedaran bersama dalam kalangan kita untuk menghidupkan semula kekuatan leluhur bangsa dari semua kaum dan agama di Malaysia ini bahawa ada nilai murmi harus dihidupkan dan dikembangkan semula,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun berkata, walaupun negara masih bergelut dalam ekonomi, teknologi dan digital serta memacu pertumbuhan ekonomi, beliau mengingatkan supaya semua pihak tidak meninggalkan nilai serta kemanusiaan.

“Ia kerana meninggalkannya bermakna kita akan menerima fahaman dan mula mengalah serta membiarkan (permissive) tanpa mengira latar belakang. Tetapi ‘permissiveness’ sudah menembusi keyakinan kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan, akibat terpengaruh dengan fahaman kabilah, ia akan menyebabkan semua pihak mudah berkompromi terhadap rasuah penyelewengan dan penindasan.

“Membangunkan kota besar tanpa memikirkan nasib rakyat terhimpit di bawahnya, peduli dengan gedung pasaran baharu, tetapi tidak peduli mengenai kedudukan taraf gerai rakyat miskin, ini sebagai contoh elemen dalam tatakelola pemerintahan.

“Sebab itu (seluruh) pimpinan baik di Persekutuan atau negeri dan daerah, penjawat awam dari peringkat tertinggi sehingga rendah dalam membincangkan soal pasca pertumbuhan, pasca normal atau pasca COVID-19, manfaatkanlah pengalaman ini untuk belajar daripada kelemahan lalu serta mengemukakan bertindak sesuai dengan tuntutan baharu,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad