web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Thailand Perintah Ahli Perniagaan Malaysia Diekstradisi Ke China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 8:35PM

Teow Wooi Huat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Mahkamah Thailand hari ini memerintahkan ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki Teow Wooi Huat diekstradisi ke China, untuk menghadapi pertuduhan berkaitan penipuan walaupun Malaysia turut memfailkan permintaan ekstradisi.

Mahkamah berkata Teow, yang juga dikenali sebagai Tedy Teow, pengasas Kumpulan MBI, boleh memfailkan rayuan dalam tempoh 30 hari.

Keputusan itu disampaikan melalui pendengaran maya hari ini.

Teow, yang memakai pakaian seragam penjara berwarna coklat dan berpelitup muka, mendengar keputusan itu dari Penjara Reman Bangkok diiringi pegawai penjara.

Dia yang kelihatan tenang sepanjang perbicaraan bertanya “bolehkan saya merayu?” selepas hakim membaca keputusan.

Terdahulu, mahkamah berkata pihak berkuasa China memfailkan permintaan untuk mengekstradisi Teow ke China untuk menghadapi pertuduhan penipuan dan skim pelaburan yang meragukan.

Mahkamah juga menyatakan Teow juga berada dalam senarai Notis Merah Interpol untuk disoal siasat.

“Dia (Teow) terlibat dalam penipuan melalui syarikatnya yang beroperasi di Malaysia dan Thailand. Dia akan diekstradisi ke China,” kata mahkamah.

Sementara itu, peguam Teow, Juti Suanraksa berkata Teow akan memfailkan rayuan terhadap perintah ekstradisinya ke China.

Selain itu, beliau berkata pasukan peguamnya sedang menyediakan dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan kepada mahkamah bersabit permintaan ekstradisi Malaysia.

“Kami mengemukakan dokumen tambahan seperti yang diminta.

"Mahkamah dijangka mendengar kes permintaan ekstradisi Malaysia tidak lama lagi," katanya kepada Bernama.

Teow ditahan pada 21 Julai tahun lepas dan dimaklumkan bahawa dia dikehendaki oleh pihak berkuasa di China kerana menipu pelabur menerusi skim pelaburannya yang meragukan.

Dia dikehendaki oleh Malaysia dan China, dengan China lebih dahulu memohon ekstradisi.

Teow berada dalam tahanan Polis Imigresen Thailand selama lebih 180 hari selepas visanya dibatalkan pada 21 Julai lepas.

Sejak itu, dia menunggu pengusiran oleh pihak berkuasa Thailand.

Polis Beijing juga dilaporkan mahu menyoal siasatnya berikutan saman yang difailkan oleh kira-kira 400 pelabur dari China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai kira-kira RM100 juta.

Pada 25 Julai lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata ia dalam proses memohon Teow diekstradisi ke Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad