web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Pada Rakyat Indonesia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 8:02AM

Edy Sujianto menunjukkan gambar anaknya, Leftenan Pertama Muhammad Imam Adi, yang bertugas di KRI Nanggala 402 apabila ia hilang pada 21 April lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat berdukacita dan menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan seluruh rakyat negara itu susulan tragedi menimpa kapal selam KRI Nanggala 402.

Ucapan sama turut dizahirkan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Istana Negara hari ini. 

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian perajurit-perajurit dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka bersabar serta tabah menghadapi ujian pada bulan Ramadan ini.

“Sesungguhnya pemergian perajurit-perajurit kapal selam tersebut di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan yang besar buat negara Indonesia dan semoga pengorbanan mereka akan terus dikenang sepanjang masa,” titah Seri Paduka Baginda berdua dalam kenyataan itu.

Seri Paduka Baginda berdua turut berharap agar seluruh rakyat Indonesia kekal tabah dan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian itu.

 Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Menerusi kenyataan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin  turut menyampaikan ucapan takziah Seri Paduka Baginda berdua kepada Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali, yang turut disertai 21 kapal Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI),  lima pesawat tempur dan satu kapal selam lain.

Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tamat Pemerintahan 30 Januari, Al-Sultan Abdullah Zahir Penghargaan Kepada Raja-Raja Melayu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Terima Menghadap PM Thailand Di Istana Negara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Pilih Lokasi Beriadah - Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Zahir Penghargaan Kepada Arab Saudi Berjaya Urus 2 Juta Jemaah Haji

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad