web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Terima Menghadap PM Thailand Di Istana Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 3:44PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin ketika Al-Sultan menerima menghadap Srettha di Istana Negara hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini.

Srettha yang tiba pada jam 12.50 tengah hari meluangkan masa lebih 30 minit di Istana Negara. 

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin; Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Srettha kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini, dan ia adalah kunjungan sulung beliau ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September lalu.

Hari ini, Srettha turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua-dua pemimpin dijangka menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan keselamatan sempadan, di samping meneroka bidang kerjasama baharu seperti keselamatan siber, ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Pada 2022, Thailand adalah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion (AS$27.75 bilion), peningkatan 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (AS$23.54) pada 2021. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam