web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2026 11:57AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara di sini.

Solat sunat berkenaan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Turut menyertai antaranya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul, Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Faria Wan Salleh serta para perwakilan asing.

Seri Paduka Baginda dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang dipimpin Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Sultan Ibrahim turut berkenan mendengar khutbah bertajuk "Syawal: Bangkit Daripada Ujian, Bersatu Dalam Keimanan" yang disampaikan Munir.

Khutbah berkenaan antara lain mengingatkan masyarakat supaya tidak lupa terhadap penduduk di rantau Asia Barat yang sedang berhadapan dengan konflik dan pergolakan yang semakin meruncing.

Sehubungan itu, khatib menyeru umat Islam untuk memperkukuhkan kesatuan, menghindari perpecahan serta sentiasa memelihara keamanan dalam masyarakat.

Dalam masa sama, rakyat juga diseru mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak berlebih-lebihan dalam perbelanjaan susulan keadaan dunia yang tidak menentu akibat konflik dan peperangan.

Selesai khutbah, Seri Paduka Baginda berkenan bersalaman dengan para jemaah sebelum berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar