web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2024 3:00PM

Mengikut turutan penggiliran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang akan bersemayam untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini ialah yang kedua terakhir. – Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sistem Raja Berperlembagaan dengan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu menaiki takhta yang diamalkan Malaysia sejak 1957, menempa satu lagi sejarah gemilang hari ini usai sempurnanya Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, istiadat pertabalan yang berlangsung di Istana Negara menonjolkan keunikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di dunia dengan amalan sistem berkenaan, selain menandakan pusingan kedua penggiliran jawatan Ketua Utama Negara yang melibatkan sembilan negeri beraja hampir lengkap.

Azuan Effendy berkata mengikut turutan penggiliran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang akan bersemayam untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini ialah yang kedua terakhir, sebelum disusuli dengan pelantikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sekiranya baginda dipilih oleh Majlis Raja-Raja.

"Selepas itu (selepas Sultan Nazrin), pusingan ketiga penggiliran bermula, dalam pusingan pertama ada tiga kali penolakan untuk dilantik menjadi Agong, namun pada pusingan kedua ini ia amat istimewa kerana menuruti sahaja penggiliran yang sudah mantap pada pusingan pertama tanpa sebarang pindaan dan perubahan.

"Inilah kehebatan, persefahaman antara Duli Tuanku Raja-Raja, baginda boleh sahaja ubah sejarah dan penggiliran kerana ia satu persefahaman yang perlu dimuktamadkan dalam Majlis Raja-Raja, tetapi masih dikekalkan mengikut pusingan pertama, tidak diubah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azuan Effendy berkata sejarah awal pemilihan Yang di-Pertuan Agong sebagai payung kedaulatan negara adalah berdasarkan status kekananan Raja-Raja, namun selepas penggiliran pertama disempurnakan sembilan Raja-Raja Melayu, turutan itu kemudiannya diikuti hingga kini.

Mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama sistem penggiliran ini sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. 

Pada 1994, penggiliran berkenaan mula memasuki pusingan kedua apabila bekas Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10.

Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pelantikan Yang di-Pertuan Agong seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

Selain itu, baginda yang dilantik merupakan raja yang berada pada kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan bertanya kepada raja seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan Seri Paduka Baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.

Ketika ini, Sultan Nazrin merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong iaitu jawatan yang disandang sejak pemerintahan Sultan Muhammad V diikuti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari. – BERNAMA

Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Akaun Media Sosial Palsu Guna 'Suara' Agong

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 41 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran