web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berhati-Hati Pilih Lokasi Beriadah - Al-Sultan Abdullah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 3:00PM

Al-Sultan Abdullah ketika mengunjungi Masjid Ubbudiah di Felda Lepar Hilir 3 di sini hari ini. - Gambar Bernama 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah mengingatkan rakyat untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan lokasi beriadah. 

Walaupun bencana boleh berlaku di mana-mana, Al-Sultan Abdullah bertitah adalah lebih baik jika langkah berwaspada diambil bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini. 

"Saya harap (semua) lebih berhati-hati ... elok ambil periksa sebelum membawa keluarga ke tempat baharu," titah Seri Paduka kepada pemberita di Masjid Ubbudiah di Felda Lepar Hilir 3 di sini hari ini. 

Terdahulu, Seri Paduka berkenan mencemar duli menyantuni keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Terengganu yang berlaku awal bulan ini, melibatkan 10 individu termasuk sembilan sekeluarga dari Felda berkenaan. 

Seri Paduka yang berangkat tiba pada 12.50 tengah hari juga berkenan menyertai majlis tahlil yang dipimpin Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sebelum turut menunaikan solat zuhur berjemaah bersama penduduk. 

Al-Sultan Abdullah yang menzahirkan simpati dan turut bersedih dengan tragedi itu juga menasihatkan keluarga waris untuk bersabar dengan ujian Allah S.W.T dan mendoakan semua mangsa ditempatkan bersama golongan beriman. 

Seri Paduka juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dalam pencarian mangsa, yang setakat ini telah menemukan sembilan mangsa. 

"Terima kasih kerana membantu berhabis-habisan yang membolehkan jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan. Terima kasih kepada pengurusan Felda yang membantu menguruskan pengebumian tempoh hari," titah Seri Paduka.

Pada 2 Julai lepas, 10 individu hilang selepas dihanyutkan kepala air semasa berkelah di Jeram Air Putih bermula pada petang sehari sebelumnya. 

Mereka ialah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; dan Putri Nor Fatin Karim, 14. 

Turut terkorban ialah Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor iaitu tunang kepada Putri Balqis Izzati.

Setakat ini, mayat Putri Nor Fatin masih belum ditemukan, manakala pengebumian lapan sekeluarga itu selamat dilakukan pada Selasa dan Rabu lepas di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 manakala Muhammad Fikri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat pada Sabtu lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek