web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Jangan Risau, Kerajaan Ada Cara Tangani Kluster Pendidikan - Rina

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 2:43PM

Datuk Seri Rina Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Kerajaan mempunyai cara tersendiri dalam menangani kluster pendidikan di beberapa negeri yang semakin membimbangkan ibu bapa ketika ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata pihak terbabit seperti Kementerian Pendidikan pastinya akan mengambil prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan penularan pandemik COVID-19 tidak merebak sepenuhnya secara meluas di sekolah.

“Saya amat memahami perasaan ibu bapa yang pastinya bimbang akan keselamatan anak-anak yang terdedah dengan risiko jangkitan.

“Kita lihat ada penularan COVID-19 di beberapa sekolah dan saya yakin kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan akan mengambil SOP lebih ketat untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa.

“Kita memandang serius hal ini kerana kanak-kanak adalah golongan berisiko untuk terdedah dengan jangkitan,” kata Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) itu selepas menyampaikan bakul makanan dalam program ‘Dapur Kita’ di sini kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Ipoh.

Dilapor, Sarawak, Kelantan, Johor dan Selangor telah menutup sekolah di beberapa daerah ekoran penularan kluster pendidikan di sekolah khasnya di kawasan zon merah.

Mengulas lanjut, Rina sekali lagi menggesa agar vaksin untuk kanak-kanak dipercepatkan selain kepada ibu bapa dan guru dalam memastikan penularan tidak merebak serta terus membimbangkan pihak berkenaan.

“Umum mengetahui vaksin ketika ini untuk mereka berumur 18 tahun ke atas. Jadi saya menggesa dan berharap vaksin untuk kanak-kanak juga dipercepatkan (selepas kajian). Saya akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan supaya memberi perhatian khusus kepada kluster pendidikan,” tegasnya.

Sebelum ini, Rina membuat gesaan yang sama pada 6 April agar pemberian vaksin kepada kanak-kanak dapat dipercepatkan ekoran peningkatan kluster pendidikan di seluruh negara.

Terdahulu, Rina menyampaikan sumbangan barang dapur dan bakul makanan kepada 200 penerima dalam meringankan beban dihadapi mereka khasnya suri rumah sewaktu negara berdepan pandemik COVID-19.

Sehingga kini, sebanyak 1.1 juta bakul makanan telah diedarkan untuk dimanfaatkan empat juta penduduk di seluruh negara, jelasnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad