web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Ditahan Terbabit Demonstrasi Bantah PKPD Tawau

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 10:07PM

Polis menahan 6 individu yang didakwa terlibat dalam demonstrasi jalanan di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Enam individu ditahan polis selepas didakwa terbabit dalam demontrasi jalanan di Kampung Muhibbah Raya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, kumpulan terbabit mendakwa kehadiran mereka adalah bagi membantah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan berkenaan yang disambung dua minggu lagi sehingga 8 Mei depan.

Polis yang hadir lebih awal di lokasi kejadian bagaimanapun bertindak mengarahkan kumpulan terbabit bersurai, sebelum meminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing bagi tujuan pemeriksaan.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak yang membawa penahanan enam individu berusia lingkungan 20-an.

Keadaan kemudian kembali terkawal dan perhimpunan berkenaan berjaya disuraikan sepenuhnya oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Sehingga kini, kami masih menyiasat semua yang ditahan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Muhibbah Raya, Muktar Paduai ketika ditemui menyelar tindakan kumpulan terbabit dan menyifatkan mereka sebagai 'orang luar' yang membuat rusuhan di sini.

"Mereka bukan penduduk di dalam kawasan Muhibbah Raya, dari luar (semuanya).

"Memang awalnya, ada ura-ura mahu berdemonstrasi di sini (penduduk) tetapi kami sudah jumpa dan menasihatkan penduduk berkaitan untuk tidak berbuat demikian," katanya.

Tambahnya, walaupun dikenakan PKPD, penduduk masih dibenarkan keluar untuk mendapatkan keperluan harian atau membuat sebarang urusan perbankan.

"Malah saya sendiri telah mengeluarkan surat (pengesahan) kepada kira-kira 20 penduduk yang mahu keluar bekerja sebagai rujukan pihak berkuasa yang berkawal di sini.

"Mereka keluar jam 7.30 pagi dan pulang jam 5 petang, tiada masalah," katanya. – Getaran, 24 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 23 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar