web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kau Pakailah Sejadah Aku’, Permintaan Peserta Larian Sebelum Meninggal Dunia Undang Sebak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 7:06AM

Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, meninggal dunia selepas rebah berhampiran garisan penamat semasa acara Marathon Antarabangsa Langkawi 2022 tiga hari lalu - Gambar Facebook Sheereen Zulkefly

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemergian pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, selepas rebah berhampiran garisan penamat semasa acara Marathon Antarabangsa Langkawi 2022 tiga hari lalu, bukan sahaja menyedihkan keluarga dan kenalan, malah masyarakat.

Ia dapat dilihat menerusi hantaran ucapan dan doa mereka di media sosial, termasuk di ruangan komen berhubung status atau gambar memaparkannya.

Namun, di sebalik berita sedih itu, ada kisah ‘indah’ mengenai sisi mulia arwah dikongsikan isterinya, Sheereen Zulkefly di Facebook yang menyentuh perasaan.

Beliau memberitahu, kisah itu diceritakan seorang rakan larian Nik Mohd Faiz bernama Syahmi ketika kedua-duanya menyertai acara Standard Chartered KL Marathon pada November lalu.

“Kisah Sejadah.

“Gambar Allahyarham suami berlari sambil membawa sejadah viral tatkala pengumuman berita kematiannya. Allahuakbar.

“Sebenarnya, gambar itu sewaktu Allahyarham suami berlari dalam Standard Chartered KL Marathon pada bulan November lepas. Dia berhenti sebentar untuk solat Subuh dan kemudian meneruskan lariannya.

“Alhamdulillah, memang begitulah cara dia. Sangkutkan sejadah kecil tiap kali larian supaya dia boleh berhenti solat sebaik masuk waktu,” katanya.

Sheereen berkata, sebelum larian Langkawi International Half Marathon 2022 bermula, suaminya menunaikan solat Subuh.

Katanya, Nik Mohd Faiz kemudian melihat ramai menunggu giliran untuk menggunakan khemah bagi menunaikan solat Subuh.

Justeru, selesai solatnya, dia memberitahu Syahmi, ‘Ko (kau pakailah sejadah aku, lepas ni aku nak wakafkan sejadah ni dekat runners (pelari) lain. Biar aku dapat pahala berterusan’.

Menurutnya, selesai Syahmi solat Subuh, Nik Mohd Faiz memberikan sejadahnya kepada pelari lain.

Dia kemudian mengatakan kepada pelari berkenaan ‘Abang pakai sejadah saya, lepas tu abang passkan dekat orang seterusnya ye’.

“Kisah ini diceritakan kepada saya oleh Syahmi, ketika kami dalam bot Marin menuju ke Jeti Kuala Perlis bersama jenazah untuk dibuat postmortem (bedah siasat) di Hospital Besar Alor Setar.

“Moga niat Allahyarham suami saya untuk mendapat pahala berterusan itu dimakbulkan Allah SWT. Aamiin Allahumma Aamiin,” katanya.

Perkongsian Sheereen itu kemudian tular dan mengundang sebak dalam kalangan warga maya.

Mereka bukan sahaja mengucapkan takziah dan mendoakan suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman, tetapi juga urusan beliau sekeluarga dipermudahkan.

Terdahulu, media melaporkan Nik Mohd Faiz yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar meninggal dunia selepas rebah semasa acara Marathon Antarabangsa Langkawi 2022.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.30 pagi daripada pegawai perubatan di unit kecemasan Hospital Sultanah Maliha menyatakan individu terbabit meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Dia adalah peserta acara Langkawi International Half Marathon 2022 dan siasatan awal mendapati dia rebah berhampiran garisan penamat dan tidak sedarkan diri.

“Pegawai perubatan dan Angkatan Pertahanan Awam menyediakan bantuan pernafasan kardiopulmonari sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha,” katanya. – Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar