web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dendam Akibat Dibuli, Lelaki Bunuh Rakan Serumah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 6:47PM

Pasukan polis memeriksa tong mengandungi mayat mangsa di lokasi ia dibuang. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Berdendam kerana sering dibuli ketika bekerja, seorang lelaki bertindak nekad membunuh rakan serumahnya dengan menjerut, menikam dan mengelar leher mangsa di sebuah apartmen di Jalan Kemajuan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek berusia 21 tahun dipercayai menjerut mangsa menggunakan wayar elektrik di rumah sewa mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek membawa dua lagi rakannya ke rumah terbabit dengan alasan mahu menyamun mangsa.

“Dua lelaki masing-masing berusia 20 tahun itu bersetuju tanpa mengetahui niat sebenar suspek adalah untuk membunuh mangsa dan bukan untuk menyamun.

“Pada jam 12.30 tengah malam, mangsa pulang ke rumah sebelum diserang kumpulan lelaki terbabit. Mangsa dijerut, ditikam dan dikelar oleh suspek utama,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Abd Khalid berkata, suspek kemudian memasukkan mayat mangsa ke dalam beg dan dibungkus dengan plastik sebelum dibuang ke tong sampah.

“Ketiga-tiga individu terbabit kemudian membawa tong sampah yang mengandungi mayat mangsa untuk dibuang di tepi jalan di Persiaran Kewajipan,” katanya.

Lokasi mayat mangsa dibuang. - Gambar ihsan PDRM
Lokasi mayat mangsa dibuang. - Gambar ihsan PDRM

Beliau berkata, kejadian itu disedari oleh ibu saudara mangsa berusia 60 tahun selepas gagal menghubunginya yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di SS19 di sini.

“Mangsa selalu menghubungi ibu saudaranya itu setiap hari selepas tamat bekerja namun apabila tidak menerima panggilan pada hari kejadian serta gagal menghubungi mangsa, wanita berkenaan mula berasa curiga dan membuat laporan polis.

“Tindakan suspek dan rakannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pangsapuri berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan ibu saudaranya,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu sepasukan polis yang menjalankan siasatan semalam menemui karpet dan dompet milik mangsa di bawah jejantas berdekatan lokasi kejadian.

“Kira-kira 1.5 kilometer dari rumah sewa mereka, pasukan polis menemui tong sampah berwarna hitam mengandungi mayat mangsa.

“Berdasarkan rakaman CCTV itu polis kemudian menahan tiga lelaki dalam serbuan berbeza di Kampung Sri Rusa, Port Dickson dan Flat Keramat Jaya Sri Perlis,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana suspek utama didapati tidak berpuas hati dan mendakwa sering dibuli oleh mangsa ketika bekerja sebagai tukang cuci di restoran sama.

“Suspek pernah bekerja bersama mangsa selama enam hari dan mendakwa sering dibuli menyebabkan dia menyimpan dendam terhadap mangsa,” katanya.

Ketiga-tiga individu terbabit kini direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 26 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad