web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Miliki Dadah Lebih 6 KG, 5 Ditahan Reman

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 4:39PM

Suspek-suspek yang ditahan kerana memiliki 6kg dadah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Lima individu termasuk seorang kanak-kanak ditahan selepas didakwa memiliki 6.09 kilogram dadah jenis syabu di Kampung Inderasabah, Batu 24, Jalan Apas, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan selepas menerima maklumat aktiviti pengedaran dadah.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah kotak berwarna coklat yang disembunyikan di bawah sebuah meja di situ.

Pemeriksaan lanjut berjaya membawa kepada penemuan enam bungkusan plastik lutsinar, dipercayai mengandungi 6.09 kilogram dadah jenis syabu dengan anggaran nilai RM240,000.

Sehubungan itu, polis menahan lima individu berusia 7 hingga 61 tahun yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, suspek juga diarahkan menjalani ujian air kencing dan hanya seorang daripada mereka yang berusia 39 tahun positif mengandungi dadah.

Siasatan awal mendapati, suspek lelaki berusia 39 tahun didakwa memiliki dadah berkenaan, manakala empat lagi menafikannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas mengesahkan penahanan reman suspek berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan pemilikan dadah dan Seksyen 15 (1) akta yang sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan tanpa kebenaran.

“Suspek kini direman selama 14 hari bermula semalam, bagi membantu siasatan,” katanya. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran