web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Titah BN Sertai Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 3:13PM

Zahid melambai kepada petugas media semasa keluar dari Istana Negara hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa semua 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Ahmad Zahid memberitahu, beliau bersama dua lagi pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah tersebut semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

Beliau turut ditanya mengenai sikap berkecuali BN seperti yang dinyatakan beberapa pemimpin parti itu.

“Tak ada, tak ada ... Bukan itu titah Tuanku. Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” jawabnya seperti dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Selain Ahmad Zahid, turut menghadap Agong ialah Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Seri Paduka Baginda semalam menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN hadir di Istana Negara pagi ini untuk ditemu bual secara langsung, dalam usaha baginda melantik Perdana Menteri baharu Malaysia.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata, sesi itu digantikan dengan pertemuan mereka bertiga menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Susulan titah Agong pagi tadi, Ahmad Zahid berkata, ia akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Berdasarkan surat yang dikeluarkan ibu pejabat parti, mesyuarat MKT UMNO dijadual berlangsung pada jam 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

3

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad