web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


500 Ayam Percuma Habis Tidak Sampai 2 Jam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 6:35PM

Hishamuddin Abdullah (kiri) bersama Khairul Azam (tengah) mengagihkan ayam proses percuma kepada pelanggan mereka di perkarangan pasaraya MG Koop Mart Indera Sempurna, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Koperasi Makmur Berhad (Ko-Makmur) dengan kerjasama MG Koop Mart mengambil masa kurang dua jam mengagihkan 500 ayam proses percuma kepada pelanggan setia mereka di Taman Indera Sempurna, dekat sini, pagi tadi.

Inisiatif itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka yang menyokong pasaraya itu, sejak mula beroperasi di kawasan berkenaan kira-kira setahun lalu.

Setiausaha Ko-Makmur, Khairul Azam Awang berkata, idea memberikan ayam proses percuma kepada penduduk dan pelanggan mereka timbul berikutan laporan mengenai kenaikan mendadak harga ayam di pasaran sejak minggu lalu.

Khairul Azam Awang
Khairul Azam Awang

“Ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada kami dan tanda penghargaan kepada pelanggan.

“Lagi pun, harga ayam di pasaran ketika ini agak mahal dan di setengah kawasan (harga) mencecah RM10 sekilogram, jadi kami fikir usaha ini boleh membantu sedikit sebanyak penduduk di sini,” katanya ketika ditemui selepas program pengagihan ayam proses percuma di perkarangan pasaraya Koop Mart Indera Sempurna, di sini.

Pengagihan itu bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai sekitar jam 10 pagi.

Program turut dihadiri Pengerusi Ko-Makmur, Hishamuddin Abdullah dan Pengurus Besar MG Koop Mart, Azlisham Muhamad.

Kakitangan pasaraya MG Koop Mart Indera Sempurna mengagihkan 500 ayam proses percuma kepada penduduk dan pelanggan mereka di perkarangan pasaraya itu di sini, pagi tadi.
Kakitangan pasaraya MG Koop Mart Indera Sempurna mengagihkan 500 ayam proses percuma kepada penduduk dan pelanggan mereka di perkarangan pasaraya itu di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Azlisham berkata, pihaknya optimis dapat menyediakan bekalan ayam proses mencukupi sepanjang bulan Ramadan sehingga sambutan Aidilfitri bulan depan. 

“Kita mempunyai kerjasama rapat dengan syarikat Ayam Putih Makmur Gold Sdn Bhd dan tidak ada masalah mengenai bekalan. 

“Buat masa ini, pembekal utama ayam proses kami mempunyai stok mencukupi. dianggarkan mereka ada kira-kira 200,000 ayam sedia untuk dijual menjelang (sambutan) Aidilfitri, jadi kita boleh kawal bekalan dan stabilkan harga.

“Kita juga sedia memastikan harga ayam proses ditawarkan di pasaraya kami adalah paling berpatutan dan mampu dibeli pelanggan,” katanya. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad