Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahasiswa Mahu Balik Mengundi Walau Ada Kekangan Tambang Penerbangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 9:07AM

Harga tiket penerbangan Sarawak ke ibu kota, boleh mencecah sehingga lebih RM400. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjalanan beratus kilometer merentasi laluan udara bukan penghalang buat kebanyakan mahasiswa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tidak mahu melepaskan manfaat pelepasan lima hari yang diberikan kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT), rata-rata mahasiswa bersemangat untuk ‘balik kampung’ bagi memilih calon dan parti pilihan masing-masing biarpun terdapat kekangan seperti harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi.

Pelajar Universiti Selangor (Unisel) Mohd Aznirulnaim Abd Azis, 22, dari Tawau, Sabah teruja untuk mengundi buat pertama kali dan telah membeli tiket penerbangan lebih awal untuk pulang ke kampung halaman.

Mohd Aznirulnaim yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengajian Islam) berkata beliau sanggup menggunakan duit simpanan semester untuk membeli tiket penerbangan pada harga RM394 sehala bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Saya amat galakkan semua mahasiswa di seluruh IPT awam dan swasta untuk pulang mengundi kerana perkara ini sangat penting. Kita perlu memikirkan masa depan generasi sekarang dan akan datang sekiranya mereka (mahasiswa) tidak keluar mengundi,” katanya kepada Bernama.

Mohd Aznirulnaim bagaimanapun mencadangkan kerajaan memikirkan cara supaya tambang pengangkutan dapat dikurangkan pada musim pilihan raya untuk memudahkan mahasiswa pulang mengundi terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Bagi pelajar Ijazah Doktor Perubatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Nurul Anis Ramli, 19, beliau juga mahu pulang ke kampung halamannya di Pusing, Perak, untuk mengundi namun belum membeli tiket penerbangan kerana beberapa kekangan yang ada.

Nurul Anis berkata sekiranya tiada perkara yang menghalang, beliau akan membeli tiket penerbangan tidak lama lagi dengan harapan tambang akan menjadi lebih murah lebih-lebih lagi memikirkan beliau memerlukan banyak wang untuk pengajian.

“Cadangan saya, kerajaan sepatutnya menyediakan kenderaan untuk pelajar yang kurang berkemampuan kerana walaupun harga tiket sudah turun, bagi mereka ia masih satu perbelanjaan yang besar kerana mereka dapat menggunakan duit tambang itu untuk membeli keperluan hidup,” katanya.

Lain pula bagi pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Nor Iqbal Mohd Sait, 24, yang masih ‘berkira-kira’ untuk pulang mengundi di Kuala Lumpur dengan mengambil kira harga tiket penerbangan sehala dari Sarawak ke ibu kota, yang boleh mencecah sehingga lebih RM400.

Oleh itu, Nor Iqbal yang merupakan pelajar Sarjana Sains Sosial (Sosiologi) menegaskan agar sistem pengundian yang disifatkan masih ‘tradisional’ perlu ditambah baik pada masa akan datang memandangkan dalam era globalisasi kini hampir semua aspek kehidupan sudah didigitalisasikan.

“Kawasan bandar patut menggalakkan e-voting yang menjadi kebiasaan di negara besar seperti United Kingdom (UK), Perancis dan Filipina. Bagi kawasan luar bandar memang tidak dapat dinafikan kemudahan itu mungkin kurang berkesan.

Dalam pada itu, pelajar semester satu jurusan Undang-undang di Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Tirmizi Rabidin, 19, mengakui tidak dapat pulang ke Keningau, Sabah untuk mengundi memandangkan tambang penerbangan yang agak mahal berikutan trafik yang tinggi untuk pembelian tiket.

Tambahan pula, menurut Muhammad Tirmizi beliau tidak mempunyai akses kepada penerbangan secara terus dari Alor Setar, Kedah ke Kota Kinabalu, Sabah.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 9 Okt lepas, seramai 1,393,549 pengundi berdaftar berumur 18 hingga 20 tahun dan 4,614,429 pengundi dalam lingkungan umur 21 hingga 29 tahun bagi PRU15.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan  pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

2

Semasa 4 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

3

Semasa 5 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 17 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 9 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran