web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaji Semula Dakwaan Akta Kerja Sebabkan Majikan Rugi, Tiada Indikasi Jelas 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 7:00AM

Tiada indikasi jelas untuk menyokong bahawa pelaksanaan Akta Kerja (Pindaan) 2022 mengakibatkan implikasi negatif kewangan sedangkan pelaksanaannya masih belum berkuatkuasa. - Gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melaksanakan kajian mendalam sebelum bersetuju dengan pendapat yang mendakwa, pelaksanaan Akta Kerja (Pindaan) 2022 bakal mengakibatkan implikasi kewangan ke atas majikan. 

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, tiada indikasi jelas untuk menyokong bahawa akta tersebut mengakibatkan implikasi negatif kewangan sedangkan pelaksanaannya masih belum berkuatkuasa.

“Pelaksanaannya (Akta Kerja) telah pun ditangguhkan daripada 1 September ke 1 Januari 2023, jadi bagaimana ia boleh dikatakan memberi implikasi kewangan terhadap majikan.

“Sekali pun ada implikasi kewangan, bukankah pindaan tersebut menambahbaik perlindungan dan kebajikan terhadap pekerja,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang meminta kerajaan mengambil kira impak kewangan majikan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan.

Menurut Hannah, kebanyakan perniagaan dan syarikat baharu pulih daripada kesan kemelesetan ekonomi disebabkan COVID-19 dan tidak berkemampuan untuk memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan kepada pekerja.

Mohd Effendy berkata, sekiranya bantuan kerajaan dalam Bajet 2023 adalah untuk membantu majikan meningkatkan keupayaan dalam menepati pelaksanaan gaji minimum, Akta Kerja dan lain-lain, MTUC sebulat suara menyokong ia dikuatkuasakan.

“Kami menyokong jika bantuan tersebut membolehkan majikan menepati segala pelaksanaan tersebut kerana berdasarkan maklum balas masih banyak pihak majikan tidak melaksanakan arahan gaji minimum RM1,500.

“Justeru, kerajaan perlulah memfokuskan untuk membuat penguatkuasaan terhadap pelaksanaan arahan tersebut memandangkan 1 Januari 2023 adalah tarikh pelaksanaan penuh gaji minimum,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata,  impak kewangan tersebut juga adalah penambahan kepada kos tahunan sebanyak RM5.04 bilion yang sudah ditanggung susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei lalu.

Katanya, pihak majikan juga perlu menanggung tambahan kos caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM273 juta setahun mulai 1 September dan kos Skim Insurans Pekerjaan (EIS) berjumlah RM31.2 juta setahun.

“Peningkatan kos tersebut adalah disebabkan had maksima gaji untuk PERKESO dan EIS dinaikkan daripada RM4,000 ke RM5,000 melibatkan 1.3 juta pencarum.

“Oleh demikian, MEF berharap kerajaan dapat menyediakan bantuan bersesuaian untuk membantu dan memastikan majikan dapat menanggung pembayaran kos tambahan,” katanya.

Jelas Syed Hussain, bantuan seumpama itu amat penting untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang merupakan 98 peratus syarikat berdaftar di Malaysia.

“Pelaksanaan semua pindaan dalam jangka masa dekat mengakibatkan penambahan kos yang tinggi dan amat membebankan keupayaan kewangan majikan.

“Justeru, MEF memohon supaya kerajaan mengkaji semula tarikh pelaksanaan semua pindaan tersebut supaya impak tambahan kos kewangan dapat dijarakkan kepada tempoh lebih panjang,” katanya. - Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 33 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar