web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 9:21AM

Fahmi Fadzil (dua, kiri) pada penyerahan sumbangan Tabung HAWANA semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi sedang meneliti mekanisme terbaik perlaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk wartawan sambilan atau 'stringer', kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata bagi tujuan itu pihak kementerian akan terus mengadakan perbincangan tambahan dengan PERKESO bagi memastikan wartawan sambilan mahupun kontrak mencarum serta memperoleh manfaat daripada pertubuhan itu untuk menjamin keselamatan sosial pekerjaan mereka.

"Misalnya (hasil) perbincangan dengan PERKESO untuk FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) - PERKESO dan FINAS akan tandatangani MoU (memorandum persefahaman) pada 23 April ini untuk aspek keselamatan sosial dimasukan dalam standard kontrak petugas pengambaran.

"Tugas pengamal media ini mencabar, memang terdapat keperluan terutama stringer untuk mencarum dengan PERKESO... saya akan susuli dengan sedikit perbincangan tambahan untuk mendapatkan mekanisme (pencaruman) yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi dan menyerahkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada beberapa bekas petugas media di Ampang, Selangor, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Bernama selaku agensi pelaksana Tabung Kasih@HAWANA, bersama Fahmi menziarahi serta menghulurkan bantuan kepada bekas penerbit rancangan RTM Jalil Mat Dom,62, dan bekas juruhebah Suara Malaysia Mohamed Ariff Esa, 76, di kediaman mereka sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad