web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 4:15PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10,000 jawatan kosong ditawarkan kepada mana-mana individu yang masih mencari peluang pekerjaan pada Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2024.

PERKESO dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan peluang pekerjaan itu ditawarkan oleh lebih 50 majikan pada karnival yang berlangsung bermula 14 hingga 16 Mac di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

"Pelbagai calon majikan termasuk pemain industri utama seperti RHB, HSBC, UOA Group, DHL, Coopbank Pertama, HABIB Group dan banyak lagi menyertai karnival kali ini untuk mencari bakat baharu bagi mengisi peluang pekerjaan.

"... pelbagai peringkat jawatan bermula daripada kelayakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke ijazah sarjana ditawarkan dengan anggaran 60 peratus jawatan adalah kumpulan eksekutif," menurut kenyataan itu.

Selain itu, PERKESO turut memaklumkan pencari kerja yang belum pasti dengan hala tuju kerjaya yang diidamkan juga digalakkan hadir kerana agensi itu menerusi portal pekerjaan rasmi negara MYFutureJobs turut menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kerjaya.

"Antaranya sesi kaunseling kerjaya, teknik penyediaan resume, khidmat padanan pekerjaan, taklimat kebolehpasaran serta yang menarik untuk karnival kali ini adalah tawaran waktu bekerja fleksible dengan gaji berpatutan turut sedia untuk diisi buat pencari kerja yang hadir.

"Selain karnival kerjaya terdapat juga aktiviti menarik lain yang boleh disertai dalam karnival yang berlangsung sempena sambutan Hari Wanita, seperti taklimat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), pameran agensi kerajaan dan penyedia latihan serta pemeriksaan kesihatan percuma," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan rekod perangkaan PERKESO dari 2020 hingga 29 Februari lalu mencatatkan sebanyak 2,547,724 pencari kerja telah berdaftar di portal MYFuture Jobs dengan sekitar 52.21 peratus (1,330,580) pencari kerja adalah wanita.

Menurut PERKESO,  dalam tempoh sama sebanyak 1,016,583 pencari kerja telah berjaya mendapatkan pekerjaan dengan sekitar 47.62 peratus (484,088) adalah pencari kerja wanita.

Dalam pada itu, orang ramai boleh melayari www.myfuturejobs.gov.my untuk carian pekerjaan secara dalam talian serta percuma atau hadir ke karnival kerjaya MYFutureJobs dengan mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Bagi majikan yang ingin menawarkan pekerjaan melalui portal MYFuture Jobs, mereka juga boleh layari www.myfuturejobs.gov.my. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PERKESO Salur Geran RM4 Juta Pertingkat Aktiviti Pencegahan Kemalangan Industri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad