web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PERKESO Salur Geran RM4 Juta Pertingkat Aktiviti Pencegahan Kemalangan Industri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 4:53PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini mengagihkan geran bernilai RM4 juta kepada 37 badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi bagi mempertingkatkan aktiviti dan inisiatif pencegahan kemalangan industri.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan berkenaan disalurkan bagi membolehkan NGO dan institusi melakukan 423 aktiviti meliputi latihan kompetensi dan seminar promosi media serta memperkasakan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Kita nak supaya mereka (NGO) terlibat membantu selesaikan masalah yang sering berkait dengan kemalangan di tempat kerja atau kemalangan industri dan waktu perjalanan ke tempat kerja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran geran bantuan kewangan PERKESO 2024 di sini, hari ini.

Antara penerima geran adalah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Abdul Rahman berkata, aktiviti dan langkah pencegahan khusus perlu dirangka memandangkan angka kemalangan direkodkan PERKESO pada 2023 sangat tinggi iaitu 82,876 kes.


Daripada jumlah itu, sebanyak 44,422 kes adalah kemalangan industri atau kemalangan di tempat kerja, manakala 38,454 kes adalah kemalangan perjalanan.

"Sepanjang tempoh sama, sebanyak 1,060 kes kemalangan maut dilaporkan ... punca kemalangan industri menyumbang kepada 310 kematian.

"Kemalangan perjalanan menyebabkan 750 pekerja maut atau jika dilihat dari segi purata sepanjang 2023, sebanyak dua kes kematian direkodkan setiap hari membabitkan pekerja yang dalam perjalanan ke tempat kerja," katanya.

Abdul Rahman berkata, aspek penguatkuasaan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa bagi mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan.

"Penguat kuasa perlu main peranan penting antaranya polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk kita elak kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja," katanya.

Garis panduan pengurusan hilang upaya di tempat kerja kepada majikan turut dilancarkan hari ini bagi membantu pelaksanaan latihan dalam organisasi kepada pekerja hilang upaya untuk kembali bekerja. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 44 minit yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad