web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taktik Penyeludup Terbongkar, 130 Liter Petrol Dirampas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 4:18PM

Pegawai KPDNHEP merampas minyak petrol yang cuba diseludup ke negara jiran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Taktik seorang penyeludup petrol mengubahsuai tangki minyak untuk mengaburi pihak berkuasa terbongkar, apabila dia ditahan dalam Operasi Benteng COVID di stesen minyak di Wakaf Bharu, di sini semalam.

Lelaki berusia 30an itu ditahan menerusi operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Pasukan Polis Marin, Wilayah 3, Pengkalan Kubor pada jam 12 tengah hari.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Negeri Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, sebanyak 130 liter minyak petrol dan sebuah kereta bernilai RM3266.50 dirampas dalam operasi itu.

Katanya, enam Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kota Bharu dan lima Pegawai Pasukan Polis Marin Wilayah, Pengkalan Kubor menjalankan risikan dan pemantauan di sepanjang sempadan negara.

Sebanyak 130 liter minyak petrol dan sebuah kereta bernilai RM3266.50 dirampas dalam operasi itu.
Sebanyak 130 liter minyak petrol dan sebuah kereta bernilai RM3266.50 dirampas dalam operasi itu.

“Semasa risikan dan pemantauan dijalankan, mereka melihat sebuah kereta warna kelabu bernombor pendaftaran Malaysia yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang mengisi petrol di stesen minyak berkenaan.

“Pasukan operasi mengesyaki pemandu itu terbabit dengan penyeludupan minyak petrol yang akan dibawa ke sempadan negara untuk diseludup ke negara jiran,” katanya.

Azanizam berkata, serbuan berkenaan berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan sebuah kereta yang diubah suai dengan tangki tambahan, serta tiga tong plastik mengandungi kira-kira 30 liter petrol, dipercayai bakal diseludup ke negara jiran.

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan  memiliki barang kawalan tanpa lesen, permit atau kebenaran pengawal. 

“Tindakan tegas kepada penyeludup supaya menghentikan kegiatan itu dan pemilik stesen minyak diberi ingatan untuk tidak menjual atau bersekongkol dengan penjenayah dalam hal ini,” katanya. - Getaran, 6 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad