web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Nafi Anggota Meninggal Kerana Komplikasi Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 1:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Polis menafikan maklumat tular yang mendakwa seorang anggota daripada Balai Polis Gerik meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit kecemasan hospital daerah itu akibat pengambilan dos kedua vaksin COVID-19.

Sebaliknya kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, anggota berpangkat koperal itu sedang dirawat  di Hospital Taiping dan disahkan mengalami masalah jantung tersumbat.

“Anggota terbabit berada dalam keadaan sedar sepenuhnya dan stabil serta akan dirujuk ke Institut Jantung Negara dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun media sosial yang berkenaan kerana menyebarkan berita palsu mengenai kematian warga Polis Diraja Malaysia akibat penerimaan vaksin COVID-19 serta mendatangkan kegusaran kepada masyarakat untuk menerima suntikan tersebut.

“Keluarga mangsa juga menerima kesan akibat sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tanpa merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat yang tular,” katanya.

Terdahulu, tular satu maklumat palsu mengenai kematian seorang anggota polis di Gerik akibat pengambilan vaksin COVID-19.

Berita palsu itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Junaidah June. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 15 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad