web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


20 Rumah Kampung Simunul Terbakar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 4:19PM

Kebakaran besar yang berlaku pagi tadi telah memusnahkan 20 buah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA – Dua puluh buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul, di sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, kejadian dianggarkan berlaku jam 11 pagi tadi.

Menurut kenyataan oleh pusat itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi.

 "Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bergegas ke lokasi kejadian di Lorong 5, Kampung Simunul," kata kenyataan itu.

Sebaik tiba, pasukan bertugas mendapati kebakaran masih berlaku, dengan api yang masih marak menyala.

Anggota bomba bertugas bertindak pantas turun ke laut bagi memudahkan kerja pemadaman dilakukan, sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Api berjaya dipadamkan pada 12.34 tengah hari tadi, dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.11 petang.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku," kata kenyataan itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian ditanggung mangsa masih dalam siasatan.

Sementara itu, rakaman video yang dimuat naik dalam media sosial mendapati, sebahagian penduduk membaling barangan milik mereka ke laut bagi mengelakkannya daripada terbakar.

Ada juga yang bertindak terjun ke laut sebelum menyiram kediaman masing-masing bagi mengelakkan ia dijilat api. – Getaran, 2 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar