Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pendedahan Tajuddin Bukti Saya Ada ‘Majoriti Kuat, Kukuh dan Meyakinkan’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 7:04PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengulas mengenai pendedahan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini, berhubung akuan berkanun (SD) ditandatangani pemimpin UMNO yang menyokong Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri.

Bercakap kepada pemberita, Anwar berkata, pendedahan tersebut menjawab segala tuduhan dan kritikan yang mendakwa beliau berbohong apabila mengatakan dirinya memiliki sokongan mencukupi daripada Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, selepas krisis Langkah Sheraton pada 2020.

Anwar menambah, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut bagi menyokong dakwaannya mengenai ‘majoriti kuat, kukuh dan meyakinkan’ sebelum ini sebagai menghormati pihak Istana.

“Dahulu saya hanya menyebut, saya mempunyai jumlah mencukupi dan convincing (meyakinkan), kemudian ramai yang memperolok. Saya tidak keluarkan kenyataan lebih daripada itu kerana ia melibatkan Istana.

“Sekarang perkara itu sudah didedahkan. Saya juga tak pasti bagaimana isu SD ini boleh keluar. Saya rasa ia adalah tidak wajar kerana SD adalah semata-mata untuk Yang di-Pertuan Agong.

“Orang ramai bertanya mengapa saya menunggu bertahun untuk menjawab (kepada pengkritik saya). Ini kerana saya menganggap hubungan kita dengan Istana harus dipertahankan dan kekal beradab,” katanya selepas menghadiri sebuah program di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson terbabit menambah, walaupun beliau menyedari kewujudan SD ditandatangani 15 Ahli Parlimen UMNO, beliau bagaimanapun tidak melihat dokumen berkenaan kerana ia dihantar terus kepada Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu.

“Apa yang jelas apabila saya kata saya ada nombor, ini termasuk pembangkang. Tetapi tidak semua SD datang kepada saya. Ada diserahkan terus ke Istana, termasuk daripada 15 Ahli Parlimen UMNO,” katanya.

Isnin lalu, Tajuddin yang juga mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, membuat kejutan apabila mendakwa dirinya sebagai ‘saksi hidup’ kepada SD ditandatangani Ahli Parlimen UMNO, termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Ahmad Zahid mendesaknya untuk menandatangani dokumen itu, sambil menambah bahawa mantera ‘No DAP, No Anwar’ (Tolak DAP, Tolak Anwar) diperjuangkan pemimpin nombor satu parti tersebut, terbukti pembohongan terbuka kepada ahli UMNO.

Pada 23 September, Anwar mendakwa mempunyai sokongan majoriti di Parlimen dan menegaskan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu sudah tumbang.

Menjawab perkara berkenaan, Presiden PKR terbabit berkata, walaupun memiliki angka mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri ketika itu, beliau berundur bagi menghormati pendirian Pakatan Harapan (PH) untuk tidak bekerjasama dengan Najib dan Ahmad Zahid.

Anwar juga mendedahkan, terdapat syarat ditetapkan UMNO kepadanya untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah Najib, sekiranya parti itu menyokongnya sekali gus mengulangi kenyataannya sebelum ini kepada The Vibes bahawa cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, ditangguhkan kerana tuntutan untuk campur tangan kehakiman.

“Saya tidak bersedia untuk membiarkan ini berlaku. Jadi, walaupun jumlahnya mencukupi dan laluan saya untuk menjadi Perdana Menteri jelas, saya tidak bersedia untuk berkompromi dalam isu kebebasan kehakiman.

“Saya tidak fikir proses ini perlu diteruskan dan oleh itu, saya memutuskan bahawa saya tidak akan terlibat. Kerana keputusan tegas saya, Najib akhirnya mencadangkan calon Perdana Menteri lain pada saat akhir, menafikan saya.

“Jika saya ditakdirkan untuk jadi (Perdana Menteri), Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, saya akan terus bersabar dan meneruskan perjuangan saya,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 3 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Joseph Kurup, Pemimpin Veteran Sabah, Meninggal Dunia

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Semasa 21 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran