web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peserta Perhimpunan Undi 18 Dipanggil Beri Keterangan Esok

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 3:21PM

Polis akan memanggil peserta Himpunan Tuntut Undi18 untuk memberikan keterangan esok di IPD Dang Wangi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lebih 11 individu yang dipercayai terbabit dalam Himpunan Tuntut Undi18 yang diadakan di hadapan bangunan Parlimen, Sabtu lalu, akan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, esok.

"Kita kena tegas, bahawa himpunan Undi18 bukan himpunan anjuran parti politik tapi oleh semua mahasiswa.”

Setiausaha Agung Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abd Hadi dalam ciapannya berkata, beliau dan lebih 10 individu lain telah dihubungi polis untuk siasatan berkaitan perhimpuan itu.

Menurutnya, mereka akan hadir ke ke IPD Dang Wangi pada jam 2.30 petang esok.

“Majoriti yang dipanggil adalah dari MUDA, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Mungkin mereka nak main naratif ini perhimpunan parti politik.

"Kita kena tegas, bahawa himpunan Undi18 bukan himpunan anjuran parti politik tapi oleh semua mahasiswa,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Menyifatkan tindakan itu sebagai satu intimidasi, beliau berkata, pihaknya tidak akan tunduk terhadap cubaan menakutkan mereka.

“Kita tak akan tunduk dan terus desak sehingga mereka laksana Undi18, kesatuan kita adalah kekuatan kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan bahawa semua individu terbabit sudah dipanggil untuk memberikan keterangan esok. – Getaran, 29 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad