web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Teliti Rentas Negeri Sempena Aidilfitri - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 12:42PM

Kerajaan akan mengumumkan mengenai rentas negeri pada masa yang sesuai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Kerajaan akan meneliti mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri bersempena Aidilfitri yang akan disambut pada pertengahan Mei depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

``Untuk itu, kita akan teliti… insya-Allah, nanti akan diumumkan pada masa yang sesuai,”

Pada masa sama, beliau turut membayangkan kemungkinan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta aktiviti takbir raya dan kunjung-mengunjung ke rumah berdekatan selepas kerajaan sebelum ini memberikan kebenaran mengadakan solat sunat tarawih pada Ramadan kali ini. 

“Lepas ini, besok (nanti) nak raya, mungkin boleh buat solat raya bersama-sama takbir dan sebagainya, atapun selepas itu boleh ziarah, kalau rumah sebelah bolehlah kot, tapi nak rentas negeri balik kampung, saya belum dapat nak bagi jawapan.

“Untuk itu, kita akan teliti… insya-Allah, nanti akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengingatkan masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan kes COVID-19 di negara ini termasuk di Johor terus berkurangan.

"Keadaan (COVID-19) di Johor sudah bertambah baik sedikit tapi belum sampai ke (tahap) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kalau PKPP kita hampir sudah boleh bergerak dan menjalankan tugas seperti biasa tetapi sini (Johor) belum sampai ke tahap itu," kata Muhyiddin.

Justeru, beliau berkata tanggungjawab untuk memastikan keadaan bertambah baik terletak di bahu setiap pemimpin dan semua lapisan masyarakat terutama dalam memastikan pematuhan SOP COVID-19 dilaksanakan dengan sebaiknya.

Menurut Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, pandemik COVID-19 meletakkan negara dalam keadaan paling sukar dalam sejarahnya kerana perlu mendepani masalah kesihatan dan ekonomi yang membawa implikasi besar kepada kehidupan rakyat.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan Perikatan Nasional memperuntukkan sejumlah wang yang besar antara RM325 billion dan RM330 bilion untuk membantu rakyat. 

"Kita telah keluarkan peruntukan besar untuk tolong rakyat. Tujuannya tidak lain supaya rakyat kita berpeluang hidup, dapat pendapatan," katanya.

Beliau berkata diharapkan dengan peruntukan itu, kerajaan boleh bersama-sama dengan rakyat menjana aktiviti dalam negara sekali gus memulihkan ekonomi negara.

Turut hadir ADUN Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal dan ADUN Tenang  Mohd Solihan Badri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Tak Lengkap 14 Hari Dos Vaksin, 5 Lelaki Dikompaun Rentas Negeri

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Langgar SOP Rentas Negeri, PDRM Keluar RM4.3 Juta Kompaun

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Peniaga Lega, Pasar Payang Kembali Meriah

4

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 36

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad