web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Lega, Pasar Payang Kembali Meriah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 10:35AM

Kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan beri kelegaan kepada peniaga di Pasar Payang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Keputusan kerajaan membenarkan rakyat yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 merentas negeri memberi kelegaan kepada peniaga di Pasar Payang.

Peniaga, Nurul Adila Mazlan, 35, berkata, hasil jualannya boleh mencecah sehingga RM2,000 sehari sebaik sahaja aktiviti merentas negeri dibenarkan.

Nurul Adila yang menjual t-shirt cenderahati itu berkata, ia petanda cukup baik untuk memulihkan semula perniagaannya yang terjejas sebelum ini.

“Pasar Payang sangat terkenal dan menjadi destinasi wajib di Terengganu, sebab itu kita memang bergantung kepada pelancong luar.

“Bila PKP dilaksanakan, kita tidak boleh berniaga dan bila diberi kelonggaran rentas daerah pun tak membantu sangat, sebab orang tempatan tidak datang sangat pasar ini. Tapi semenjak rentas negeri dibolehkan, barulah pasar ini kembali meriah,” katanya kepada Getaran.

Jamilah Halim, 50, yang menjual batik dan baju kaftan juga memiliki pendapat senada dan berkata, dia boleh menarik nafas lega melihat pasar itu ‘diserbu’ oleh pelancong luar.

Ujarnya ia berbeza dengan situasi sebelum ini, apabila ada hari berlalu tanpa dia mampu merekodkan sebarang jualan.

“Tapi sekarang sejak rentas negeri ini hasil jualan saya boleh cecah ribu juga, cuma biarpun hasil jualan kita meningkat, tidak bermaksud kita meraih untung pun.

“Berniaga sekarang tak macam dulu, apa- apa yang kita dapat ini cukup-cukup saja untuk bertahan, namun bagi saya bila rentas negeri dibolehkan, ia perkembangan yang cukup baik. Saya harap keadaan akan terus konsisten dan tidak berulang macam dulu,” katanya.

Sebelum ini Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, Terengganu akan dapat menarik kemasukan sekurang-kurangnya 1.5 juta pelancong hingga akhir tahun ini susulan kebenaran rentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, peningkatan kemasukan pengunjung berupaya memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Minat Komuniti Perniagaan Melabur Di Malaysia Bukti Kestabilan Negara - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Saksi Pemeteraian MoU Antara Syarikat Malaysia-Arab Saudi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

JNJ Group Perluaskan Perniagaan Ke Indonesia

4

Selera 3 tahun yang lalu

Rasa Unik Piza Dibakar Dalam Ketuhar Bata

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar