web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Saksi Pemeteraian MoU Antara Syarikat Malaysia-Arab Saudi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 11:55AM

Anwar menyaksikan majlis menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.

Ketiga-tiga MoU itu ditandatangani antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn Bhd.

Majlis yang turut disaksikan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jeddah Sheikh Mohammed Yousuf Naghi berlangsung di The Ritz-Carlton Jeddah selepas solat Tarawih malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.

Terdahulu, Anwar dan delegasinya yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari ke ke Arab Saudi telah mengadakan pertemuan dengan kira-kira 20 pemimpin syarikat negara itu dalam mesyuarat meja bulat untuk membincangkan bidang kerjasama dan sektor-sektor baharu yang boleh diterokai bersama.

Pada mesyuarat selama sejam itu, Perdana Menteri memberi jaminan kepada pemimpin industri Arab Saudi bahawa mereka kini boleh mengharapkan kestabilan politik di Malaysia serta pendekatan perniagaan yang lebih dinamik daripada kerajaan semasa.

Anwar juga berjanji bahawa pentadbirannya akan komited untuk memastikan tadbir urus yang baik.

Perdana Menteri turut diberi taklimat oleh ahli perniagaan Malaysia mengenai penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaharu Arab Saudi, dan pelbagai peluang yang menanti pihak industri dari Malaysia.

Sementara itu, Sheikh Mohammed Yousuf menyifatkan Malaysia sebagai inspirasi untuk pembaharuan sambil menambah komuniti perniagaan Arab Saudi yakin dengan kestabilan politik di Malaysia dan bersedia untuk membawa usaha mereka ke peringkat seterusnya.

“Melangkah ke hadapan, kami mengintai peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, dan kami berharap pelabur Arab Saudi boleh melibatkan diri dalam usaha sama dan memanfaatkan pengetahuan Malaysia,” katanya.

Antara lain, syarikat-syarikat Arab Saudi telah menyatakan minat mereka untuk meneroka dalam pembuatan cip mikro dan semikonduktor, sektor perubatan dan pendidikan.

Perdana Menteri dan delegasi dijadual berlepas pulang hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan