web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasa Unik Piza Dibakar Dalam Ketuhar Bata

Walaupun hanya dijual di gerai di tepi jalan sekitar Bukit Jelutong di sini, namun kualiti pizanya adalah setanding dengan piza yang dijual di hotel lima bintang namun pada harga ‘marhaen’.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 6:03PM

Pengusaha Khirwan's Pizza Parlor, Khirwan Mustaqim Khir Anuar, 29, menunjukkan piza yang telah siap dibakar menggunakan ketuhar bata ketika tinjauan di Bukit Jelutong Shah Alam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Teknik pengusaha Khirwan's Pizza Parlor yang membakar piza menggunakan ketuhar bata memberikan rasa dan pengalaman unik kepada para pelanggan. 

Walaupun hanya dijual di gerai di tepi jalan sekitar Bukit Jelutong di sini, namun kualiti pizanya adalah setanding dengan piza yang dijual di hotel lima bintang namun pada harga ‘marhaen’. 

Pemiliknya Khirwan Mustaqim Khir Anuar, 29,  berkata idea menggunakan ketuhar bata muncul ketika bekerja di sebuah restoran mewah dan sejak itu dia mula belajar teknik membakar piza menggunakan ketuhar tersebut di beberapa restoran lain.

Bagi memulakan perniagaan dua tahun lepas, dia membeli ketuhar bata buatan tempatan dengan harga RM8,500 dan membawanya ke tapak niaga menggunakan kenderasaji.

Katanya, lebih menarik proses membakar piza menggunakan ketuhar bata itu memerlukan tempoh yang lebih singkat  iaitu hanya sehingga dua minit untuk dimasak berbanding jika dibakar menggunakan ketuhar konvensional.

Beliau yang berpengalaman bekerja sebagai cef di hotel dan restoran selama enam tahun berkata, teknik itu juga dapat memastikan kandungan air dalam doh piza kurang tersejat dan menjadikan ia tidak liat dan kekal lembut.

"Uniknya ketuhar bata ini adalah bata itu sendiri, bila kita panaskan ketuhar itu kita memanaskan keseluruhan bata dan suhu terbaik untuk memasak piza ialah 450 darjah Celcius dan ke atas.

"Bila kita makan piza yang dibakar menggunakan ketuhar bata, ia memberikan rasa terbakar seperti makan sate dibakar menggunakan arang dan ia tidak boleh didapati melalui penggunaan ketuhar biasa," katanya kepada Bernama ketika ditemui di gerainya di Bukit Jelutong di sini.

Khirwan Mustaqim berkata setakat ini pihaknya mampu menjual sehingga 60 keping piza sehari bermula 6 petang hingga 10 malam dan menu dari Itali itu pernah laris terjual dalam masa dua jam susulan tular di Twitter.

"Saya menggunakan tepung gandum dari Itali yang teksturnya lebih nipis berbanding tepung gandum biasa, sos piza pun saya buat sendiri. Piza yang kami jual semuanya bersaiz 10 inci dan pelanggan boleh pilih daripada lapan jenis perisa dijual bermula pada harga RM18 hingga RM36," katanya.

Menurut Khirwan Mustaqim, minat dalam pembuatan piza timbul semasa bekerja sebagai cef yang membuatkan beliau tekad untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan tersebut bersama abangnya pada dua tahun lepas, iaitu ketika awal tempoh pandemik COVID-19.

Katanya, proses membuat piza bermula daripada menguli doh hingga makanan tersebut siap dibakar memberikan satu kepuasan kepadanya.

"Setiap tukang masak atau cef ada impian untuk buka kedai dan bila abang saya ajak saya untuk berniaga, saya ambil peluang itu dengan membuka gerai menjual piza dan membawa konsep bakar ketuhar bata di tepi jalan.

"Walaupun ketika itu kerajaan baru mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya tetap teruskan rancangan untuk berniaga dan tidak berpatah balik," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan