web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar SOP Rentas Negeri, PDRM Keluar RM4.3 Juta Kompaun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 12:23PM

M V Srikumar Nair

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,168 kompaun berjumlah RM4.3 juta dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada orang ramai kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sejak kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri.

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M V Srikumar Nair berkata, kompaun terbabit mula dikeluarkan sejak 11 Oktober lalu.

Katanya, kesemua kompaun itu dikeluarkan di seluruh negara berdasarkan SOP yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sepanjang pemantauan dijalankan, seramai 3,172 individu diperiksa secara rawak terutamanya di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 10 kompaun berjumlah RM20,000 dikeluarkan terhadap individu yang dikesan merentas negeri tanpa melengkapkan dua dos vaksinasi seperti ditetapkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Srikumar, individu yang dikenakan kompaun masih boleh merayu kepada Pegawai Kesihatan Daerah ketika pembayaran, untuk mengurangkan jumlah denda yang dikenakan.

Polis sebelum ini melakukan pemantauan di beberapa lokasi panas di seluruh negara antaranya plaza tol, R&R dan stesen minyak di lebuh raya susulan kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan pada 11 Oktober lalu.

Bagaimanapun, golongan anti vaksin atau individu yang masih belum melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 tidak dibenarkan berbuat demikian. - Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad