web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tidak Ambil Tindakan Lanjut Dalam Kes Wartawan Dikasari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 12:32PM

Lancelot (kiri) dan Qistina Nadia setelah selesai membuat laporan di balai polis Dang Wangi, pada Sabtu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak polis telah membuat keputusan tiada unsur jenayah dalam gangguan dan kekasaran yang dialami oleh seorang wartawan The Vibes oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah bangunan kemudahan kerajaan.

Keputusan itu diberitahu kepada The Vibes kurang sejam selepas wartawan Qistina Nadia Dzulqarnain selesai memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata pihak polis tidak akan mengambil tindakan lanjut, dan pengadu boleh membawa perkara itu kepada majistret jika mereka memutuskan untuk meneruskan saman sivil.

“Laporan ini telah diklasifikasikan sebagai ‘rujuk kepada majistret,” kata Noor Dellhan kepada The Vibes pada malam semalam.

“Tiada kesalahan jenayah berlaku, tiada unsur jenayah, dan tiada siapa yang dikasari.

“Oleh itu, pengadu boleh merujuk kes itu kepada majistret untuk tindakan sivil.”

Noor Dellhan berkata polis akan mengeluarkan borang kepada pengadu untuk membawa perkara itu ke mahkamah, jika dia memutuskan untuk berbuat demikian.

Dalam laporan Qistina Nadia, beliau menyebut yang dirinya dikasari dan telefon bimbitnya telah dirampas - kedua-duanya kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

The Vibes tidak dimaklumkan yang kes Qistina Nadia akan dirujuk kepada majistret bila keterangannya sedang direkodkan.

Noor Dellhan Yahaya
Noor Dellhan Yahaya

Beliau ditemani Ketua Pengarang Petra News, Terence Fernandez dan Ketua Media Sosial The Vibes, Lancelot Theseira.

Polis Dang Wangi nampak seperti tergesa-gesa untuk menutup kes itu, setelah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkara itu tanpa menyiasat atau mengambil kenyataan daripada pengawal keselamatan berkenaan.

Pada pagi Sabtu, Qistina Nadia dan Lancelot sedang meninjau keadaan orang ramai yang berbaris panjang di kaunter imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC), di Pudu Sentral.

Ketika mereka menjalankan tugas, kedua-duanya telah diganggu dan diugut oleh pengawal keselamatan yang bertugas di premis tersebut.

Pelbagai ancaman lisan telah dilemparkan kepada Qistina Nadia, seperti yang boleh dilihat dalam satu video yang telah tular.

Mereka diberitahu agar tidak mengambil gambar atau bercakap dengan orang ramai tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan, antara arahan lain, dengan para pengawal keselamatan mengherdik mereka untuk meninggalkan premis itu.

Seorang pengawal keselamatan pula merampas telefon Qistina Nadia selepas menyedari diri mereka sedang dirakam, sebelum Lancelot mendapatkan ia kembali ketika kekecohan itu berlaku.  

Apabila dihubungi untuk butiran lanjut, pegawai penyiasat, , Inspector Muhammad Fikri Abdul Manan bersetuju bahawa tiada unsur jenayah terlibat dalam insiden terbabit.

Ditanya sama ada gangguan oleh pengawal itu sama dengan ugutan jenayah, Fikri berkata ini hanya akan berlaku sekiranya terdapat ugutan untuk mencederakan pihak lain.

“Apabila kami merakam kenyataan Qistina Nadia, dia berkata dia tidak cedera. Rakan sekerjanya juga menyebut bahawa mereka tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan.”

Fikri berkata selepas Qistina Nadia membuat laporan, dia segera dimaklumkan oleh Noor Dellhan bahawa kes itu akan dirujuk kepada majistret. - The Vibes, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 tahun yang lalu

Kes Wartawan Dikasari Diklasifikasikan Semula, Disiasat Dibawah Kanun Keseksaan

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Perhimpunan Anti SPRM, Polis Tidak Terima Sebarang Permohonan - OCPD

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad