web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan Anti SPRM, Polis Tidak Terima Sebarang Permohonan - OCPD

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 8:36AM

ACP Noor Dellhan Yahaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012 oleh mana-mana pihak.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyertai atau menganjurkan sebarang perhimpunan kerana Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat masih dikuatkuasakan di seluruh negara termasuk di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya ada menerima maklumat berhubung satu perhimpunan yang bakal diadakan di ibu negara dalam masa terdekat.

“Ada pihak tertentu sentiasa mengambil peluang mengadakan perhimpunan atau perarakan, yang mana jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) PPN Fasa Empat,” katanya malam tadi.

Terdahulu, tular di media sosial satu poster mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan dan rombakan dibuat ke atas suruhanjaya itu.

Pada poster itu tertera perkataan ‘Tangkap Azam Baki’ dan ‘Rombak SPRM’ selain tarikh 22 Januari 2022 iaitu pada Sabtu ini dan ‘Kuala Lumpur’.

Noor Dellhan turut meminta semua masyarakat memahami kepentingan mematuhi SOP PPN Fasa Empat dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mengelak berada di kelompok ramai.

“Pada Ahad lalu, bilangan kes baharu dia Kuala Lumpur adalah 226 kes dengan nilai kebolehjangkitan (R-Naught) adalah 1.08.

“Polis mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP PPN Fasa 4 supaya kita dapat mengelakkan diri dan keluarga daripada terkena jangkitan COVID-19,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 2159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Spekulasi Kontrak Tak Disambung: ‘No Comment’ - Azam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan PM Tangguh Laporan Pegangan Saham Azam Baki Tak Benar - Sumber

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RM177 Juta Disita Siasatan Kes Ismail Sabri, Terbesar 3 Bulan Pertama Tahun Ini - Azam Baki

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad