web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM177 Juta Disita Siasatan Kes Ismail Sabri, Terbesar 3 Bulan Pertama Tahun Ini - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2025 5:26PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencatatkan jumlah sitaan sebanyak RM483.38 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dengan nilai sitaan terbesar membabitkan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakolb.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata jumlah sitaan keseluruhan di bawah Akta SPRM 2009 dalam tempoh tersebut termasuk wang tunai dan jongkong emas bernilai RM177 juta yang dirampas dalam kes Ismail Salbri.

"Paling besar sitaan sekarang ini adalah kes Datuk Seri Ismail Sabri, iaitu RM177 juta," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sabah yang turut dihadiri Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar.

Azam Baki - Gambar fail
Azam Baki - Gambar fail

Beliau berkata dalam tempoh sama, jumlah aset dan wang yang dibekukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) adalah sebanyak RM548,978,525.

Katanya setakat ini jumlah aset yang telah dilucuthak dan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan di bawah ketiga-tiga akta berkaitan, termasuk Akta Tatacara Jenayah, adalah sebanyak RM603,363.29, manakala jumlah penalti atau kompaun yang dikutip ialah sebanyak RM412,000.

"Sebanyak 319 kertas siasatan telah dibuka, 401 tangkapan telah dilakukan, dan 146 individu telah dituduh di mahkamah dalam tempoh tersebut.

"Usaha kita dalam menyelesaikan kes-kes ini sedang giat dijalankan bagi tujuan bukan hanya pertuduhan tetapi juga pemulihan aset," katanya.

Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Spekulasi Kontrak Tak Disambung: ‘No Comment’ - Azam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan PM Tangguh Laporan Pegangan Saham Azam Baki Tak Benar - Sumber

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Pertimbang Siasat Kes Serang Pemain Bola Sepak Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran