web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Wartawan Dikasari Diklasifikasikan Semula, Disiasat Dibawah Kanun Keseksaan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 8:33PM

Perkembangan ini berlaku kurang 48 jam selepas ketua polis Daerah Dang Wangi membuat kesimpulan yang tiada unsur jenayah dalam kes itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah mengklasifikasikan semula kes gangguan dan kekasaran terhadap wartawan The Vibes, beberapa hari selepas ia diklasifikasikan sebagai “rujuk kepada majistret” kerana tiada unsur jenayah.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Habibi Majinji, memberitahu The Vibes bahawa beliau membuat keputusan itu selepas meneliti fakta kes secara peribadi.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan melibatkan mereka yang melakukan kekecohan atau menimbulkan kekecohan.

“Ya, kes itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai ‘rujuk majistret’, tetapi selepas saya meneliti fakta kes, saya mengarahkan supaya ia diklasifikasikan semula.

“Pada saya, terdapat unsur-unsur yang memerlukan siasatan awal di bawah Seksyen 160 (Kanun Keseksaan) pada ketika ini.

“Kita perlu menyiasat untuk mengetahui pihak mana yang bersalah, jika ada unsur jenayah, kerana kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi.

Habibi menambah semua yang terlibat dalam kes ini, termasuk saksi kejadian, akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Perkembangan ini berlaku kurang daripada 48 jam selepas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya memberitahu The Vibes bahawa polis telah membuat kesimpulan bahawa tiada unsur jenayah dalam kes itu.

Peliknya, kenyataan Noor Dellhan dibuat kurang sejam selepas wartawan Qistina Nadia Dzulqarnain dan Lancelot Theseira selesai memberi kenyataan kepada polis pada petang Sabtu.

Kejadian kekasaran terhadap mereka berdua berlaku pada pagi Sabtu apabila mereka ditugaskan membuat tinjauan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral berkenaan aduan orang ramai terpaksa berbaris panjang di kaunter imigresen untuk memperbaharui dokumen perjalanan mereka.

Ketika menjalankan tugas, mereka diugut dan dikasari oleh pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan imigresen. - The Vibes, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Tidak Ambil Tindakan Lanjut Dalam Kes Wartawan Dikasari

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad