web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengawal Keselamatan UTC Lapor Polis, Insiden Wartawan Dihalau Dan Diherdik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 8:34PM

Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pudu Sentral. - Gambar dari Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan UTC Kuala Lumpur-Pudu Sentral

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Seorang daripada pengawal keselamatan yang bertugas ketika kejadian di mana dua wartawan dihalau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pudu Sentral, di sini hari ini, telah membuat laporan polis.

Ketua Polis Balai Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya memberitahu The Vibes, pihaknya telah menerima laporan daripada salah seorang pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian, susulan kejadian yang berlaku pagi ini.

Laporan kebiasaannya dibuat bagi memastikan kes itu didokumenkan.

Dalam mesej berasingan menerusi aplikasi WhatsApp kepada media, Noor Dellhan mengesahkan menerima laporan berkenaan tengah hari tadi, ketika ditanya mengenai perkembangan kejadian di UTC Pudu itu.

''Kami menerima laporan pada 12.09 tengah hari oleh pengawal keselamatan yang bertugas,'' katanya dalam pesanan ringan tersebut.

Qistina Nadia Dzulqarnain (kanan) dan Lancelot Theseira, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, petang tadi.
Qistina Nadia Dzulqarnain (kanan) dan Lancelot Theseira, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, petang tadi.

Dua wartawan The Vibes, Qistina Nadia Dzulqarnain dan Lancelot Theseira, telah membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, pada 5 petang tadi.

Mereka ditemani Ketua Pengarang PETRA News, Terence Fernandez, yang kemudiannya keluar dari balai berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Pagi ini, ketika membuat tinjauan mengenai orang ramai yang beratur panjang di pejabat imigresen, dua wartawan The Vibes telah diherdik dan dihalau oleh pengawal keselamatan di UTC Pudu.

Wartawan berkenaan, telah diherdik dan tidak dibenarkan merakamkan gambar atau bercakap dengan orang ramai tanpa kebenaran rasmi daripada pihak pengurusan .

Pengawal keselamatan itu turut merampas telefon bimbit daripada salah seorang wartawan selepas menyedari perbuatan mereka dirakamkan, sambil menjerit supaya wartawan beredar, walaupun wartawan terbabit mempamerkan kad media daripada Jabatan Penerangan.

''Kamu perlukan kebenaran untuk berada di sini. Ini adalah UTC, kamu faham?,'' jerit salah seorang pengawal berkenaan sambil mengugut untuk memanggil polis sekiranya wartawan tidak beredar.

The Vibes cuba mendapatkan syarikat kawalan keselamatan yang mengupah pengawal terbabit bagi mengulas mengenai insiden terbabit namun panggilan telefon tidak berjawab.

Logo syarikat itu sama dengan logo pada baju yang dipakai oleh anggota keselamatan di UTC Pudu.

Sementara dalam laman webnya, syarikat itu mendakwa memberikan penekanan kepada  "perkhidmatan pelanggan aktif", manakala misinya adalah untuk "menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggannya dan memenuhi semua jangkaan".

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memberitahu The Vibes, pihaknya telah membuat siasatan segera berhubung kejadian itu dan berikrar untuk menambah baik perkhidmatan kepada orang ramai, terutama mengenai aduan di mana orang ramai terpaksa beratur panjang.

Manakala Kementerian Kewangan, yang bertanggungjawab untuk menubuhkan dan menyelia semua UTC di negara ini, juga sedang meneliti perkara itu, kata seorang pegawai. - The Vibes, 14 Mei 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad