web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayaran Dam Dan Qurban Melalui THiJARI

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 5:24PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan perkhidmatan bayaran Dam dan Qurban melalui aplikasi THiJARI untuk bakal jemaah haji yang akan melaksanakan rukun Islam kelima pada tahun ini.

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab memaklumkan, mereka boleh membuat pembayaran dam sebelum ke tanah suci, seiring keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji yang menggalakkan pelaksanaan bayaran pada kadar ditentukan sebelum sampai di tanah suci.

Katanya, pembayaran dam diterima adalah untuk Dam Haji Tamattu’ serta Dam Haji Qiran, dan daging Dam ini akan diagihkan kepada penduduk layak di tanah suci Makkah.

“Daging qurban pula akan diagihkan Bank Pembangunan Islam (IDB) kepada penduduk Islam yang layak, terutama di benua Afrika.

“Pembayaran Dam adalah pada kadar RM590 bagi seekor kibas, manakala pembayaran qurban ialah pada kadar RM955.80 untuk seekor kibas dan RM5,900 untuk seekor lembu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamed Ameen berkata, pembayaran dam dan qurban ini boleh dilaksanakan melalui THiJARI bermula Isnin, 9 Mei 2022 bersamaan 7 Syawal 1443H.

Jelasnya, bakal haji dan pendeposit juga boleh membuat bayaran di mana-mana pejabat TH cawangan di seluruh negara.

Beliau berkata, pelaksanaan qurban ini adalah kerjasama TH dan IDB yang berpangkalan di Jeddah.

“Ia juga buat julung kalinya bukan sahaja dibuka kepada bakal haji, tetapi kepada semua pendeposit TH.

“Perkhidmatan qurban ini adalah satu lagi perkhidmatan baharu yang ditawarkan TH kepada pendeposit melalui THiJARI,” katanya.

Menurut Mohamed Ameen, bagi menggunakan perkhidmatan pembayaran dam dan qurban, bakal haji serta pendeposit TH perlu mendaftar sebagai pengguna THiJARI melalui pautan www.thijari.com.my.

Setakat ini, katanya, jumlah pengguna THiJARI sudah mencecah hampir 1.5 juta.

Mengulas lanjut, beliau berkata, THiJARI kini menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian, antaranya pindahan melalui FPX, permohonan pembukaan akaun TH, rayuan haji, kemaskini maklumat peribadi dan terbaharu adalah Semakan Terimaan Tawaran Haji.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, THiJARI turut menyediakan pindahan e-Duit Raya bagi memudahkan pendeposit memberi duit raya kepada sanak saudara jauh.

“Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 603-6207 1919, Faks di talian 603-7728 4959 dan emel, [email protected],” katanya. - Getaran, 5 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Komited Bantu Pasukan Petugas Khas Polis Tangani Isu Penipuan Pakej Haji

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendeposit Diingatkan Tidak Buka Mesej, Hantaran Meragukan - TH

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Ahli Ekonomi Unjur Dividen TH 2.75 Hingga 3.10 Peratus Tahun Ini

4

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

14,306 Jemaah Malaysia Menunggu Hari Wukuf

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek