web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI

14,306 Jemaah Malaysia Menunggu Hari Wukuf

Video & Galeri Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 7:34PM

Seorang jemaah wanita memeluk anggota keluarganya sebelum berlepas ke Tanah Suci. - Gambar oleh Azim Rahman

oleh

Kru Visual

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua tahun lamanya bakal jemaah haji negara ini terpaksa menunggu untuk dijemput bagi menunaikan ibadah haji akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia,  bermula pada 2020.

Namun tahun ini bakal-bakal tetamu Allah itu kembali gembira selepas hajat mereka ditunaikan Ilahi untuk memijakkan kaki ke tanah suci selepas dunia mula beralih arah ke Fasa Endemik.

Ini termasuk Arab Saudi yang memberikan kebenaran jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dengan mengikut kuota negara masing-masing dan Malaysia seramai 14,306 terpilih untuk musim 1443H.

Penerbangan kumpulan terakhir KT50B yang berlepas pada pukul 6.55 pagi semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) membawa baki terakhir 284 jemaah haji Malaysia yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah melalui penerbangan Malaysia Airlines Berhad, MH8150.

Menariknya, jemaah haji Malaysia antara lima negara tersenarai untuk inisiatif Makkah Route yang memudahkan mereka melalui prosedur pasport di lapangan terbang di sini sebelum berlepas dan akan melalui proses laluan terus di Jeddah atau Madinah yang mengurangkan masa menunggu ketika sampai.  

Ketika ini, semua jemaah haji seluruh dunia sudah berkumpul di Mekah namun akan beransur-ansur kurang di mana mereka sedang dalam persediaan untuk bergerak ke Padang Arafah bagi melaksanakan wukuf, salah satu syarat rukun haji.

Jurufoto Petra News, AZIM RAHMAN, ABD RAZAK LATIF, MUSTAFFA KAMAL dan NOOREEZA HASHIM berada di Hotel dan Pusat Konvensyen Mövenpick KLIA bersama-sama sanak keluarga jemaah merakam detik-detik perjalanan mereka ke tanah suci, awal pagi semalam. - Getaran 4 Julai 2022.

*Terima kasih kepada TH dan Malaysia Airports Holdings Berhad atas kerjasama yang diberikan.

Petugas Tabung Haji melihat penerbangan kumpulan terakhir jemaah haji KT50B berlepas ke Jeddah di KLIA. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Petugas Tabung Haji melihat penerbangan kumpulan terakhir jemaah haji KT50B berlepas ke Jeddah di KLIA. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Jemaah haji membaca dan menyemak panduan menunaikan ibadah haji sementara menunggu waktu berlepas ke Jeddah. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Jemaah haji membaca dan menyemak panduan menunaikan ibadah haji sementara menunggu waktu berlepas ke Jeddah. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Nasaruddin Muhammad Naquib, 15, (kanan) dan rakannya, Muhammad Idris Mohamad Abdul Rauf, 23, antara jemaah haji muda yang mendapat panggilan menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Jemaah haji dari kumpulan akhir yang berlepas ke Jeddah awal pagi semalam, menjalani pemeriksaan sebelum menaiki pesawat ke Jeddah. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Jemaah haji dari kumpulan akhir yang berlepas ke Jeddah awal pagi semalam, menjalani pemeriksaan sebelum menaiki pesawat ke Jeddah. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Jemaah haji disantuni petugas Tabung Haji untuk mendapatkan kelengkapan asas yang disediakan pihak berkenaan. - Gambar oleh Azim Rahman
Jemaah haji disantuni petugas Tabung Haji untuk mendapatkan kelengkapan asas yang disediakan pihak berkenaan. - Gambar oleh Azim Rahman
Doa dipanjat kepada Yang Maha Esa semoga perjalanan dipermudahkan sebelum berlepas ke KLIA dari Hotel Movenpick, Sepang. - Gambar oleh Azim Rahman
Doa dipanjat kepada Yang Maha Esa semoga perjalanan dipermudahkan sebelum berlepas ke KLIA dari Hotel Movenpick, Sepang. - Gambar oleh Azim Rahman
Perjalanan kumpulan akhir jemaah haji Malaysia melibatkan seramai 284 ke Jeddah bersama kelengkapan di KLIA. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Perjalanan kumpulan akhir jemaah haji Malaysia melibatkan seramai 284 ke Jeddah bersama kelengkapan di KLIA. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Penerbangan Malaysia Airlines Berhad MH8150 yang membawa kumpulan akhir jemaah haji Malaysia berlepas pukul 6.55 pagi semalam. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Penerbangan Malaysia Airlines Berhad MH8150 yang membawa kumpulan akhir jemaah haji Malaysia berlepas pukul 6.55 pagi semalam. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Seorang jemaah haji melambaikan tangan kepada sanak saudara di Hotel Mövenpick di Sepang, sebelum dibawa ke KLIA. - Gambar oleh Azim Rahman
Seorang jemaah haji melambaikan tangan kepada sanak saudara di Hotel Mövenpick di Sepang, sebelum dibawa ke KLIA. - Gambar oleh Azim Rahman
Petugas Tabung Haji membantu jemaah haji yang kurang upaya menaiki bas sebelum dibawa ke KLIA. - Gambar oleh Azim Rahman
Petugas Tabung Haji membantu jemaah haji yang kurang upaya menaiki bas sebelum dibawa ke KLIA. - Gambar oleh Azim Rahman

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi