Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendeposit Diingatkan Tidak Buka Mesej, Hantaran Meragukan - TH

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Mar 2024 5:22PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka mana- mana mesej dan hantaran meragukan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.

TH dalam kenyataan memaklumkan ia susulan kes melibatkan seorang pendeposit TH yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian sehingga RM12,000 dipindahkan daripada akaun miliknya melalui lima transaksi dalam masa empat hari.

Bagaimanapun, menurut TH, bagi kes berkenaan pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan membekukan akaun mangsa bagi mengelakkan berlaku kerugian lebih besar, tiga hari sebelum mangsa membuat aduan setelah mendapati terdapat transaksi mencurigakan.

"TH juga sedang melakukan siasatan mengenai perkara ini. Mangsa juga telah membuat laporan polis dan TH akan sentiasa bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia dalam sebarang siasatan terhadap kes penipuan siber," menurut TH.

Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.

Mangsa membuat laporan polis selepas menerima mesej menerusi talian penting Tabung Haji yang menyatakan terdapat pemindahan wang daripada akaunnya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pendeposit boleh berhubung dengan THCC di talian 03-62071919. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lebih 34,000 Kes Penipuan Babit Kerugian RM1.2 Bilion Tahun Lalu

3

Semasa 4 bulan yang lalu

383 Kes Penipuan Dalam Talian Libatkan Kerugian RM5.1 Juta Di Perlis

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Penipuan Dalam Talian: Mangsakah Yang Sering Cuai?

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Semasa 10 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 15 jam yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki