Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


383 Kes Penipuan Dalam Talian Libatkan Kerugian RM5.1 Juta Di Perlis

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 5:41PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Sebanyak 383 kes jenayah penipuan dalam talian direkodkan di Perlis yang melibatkan kerugian RM5.1 juta bagi tempoh Januari hingga November lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, daripada jumlah itu, kes tertinggi adalah penipuan telekomunikasi atau phone scam yang mencatatkan 127 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM1,663,807.58 diikuti 110 kes berkaitan e-dagang melibatkan kerugian RM831,690.80.

“Dalam usaha menangani jenayah penipuan pada era digital ini, pelbagai program pencegahan jenayah komersial telah dijalankan, setakat November tahun ini, sejumlah 109 aktiviti antaranya 52 ceramah dan 36 pameran pencegahan jenayah berjaya dilaksanakan.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) Perlis sentiasa berusaha untuk melaksanakan program pencegahan jenayah komersial secara lebih proaktif yang mampu memberikan impak lebih besar dan cepat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Town Hall - 'Jenayah Penipuan Di Era Digital' di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad berkata, sebanyak 171 kes keldai akaun direkodkan di negeri ini bagi tempoh Januari hingga November lalu dan kesemua kes itu telah dituduh di mahkamah.

"Sebanyak 171 kes keldai akaun dicatatkan di Perlis bagi tempoh Januari hingga November lalu, ia berlaku sedikit penurunan berbanding tahun lepas (2022) iaitu sebanyak 174 kes,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerja Alih, Pindah Kubur Di Selat Klang Ditangguh Seminggu – Amirudin

Sukan 1 hari yang lalu

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Sukan 1 hari yang lalu

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat