web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Di Pulau Perhentian Musnahkan 25 Rumah Kongsi

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 4:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penduduk di Pulau Perhentian hari ini digemparkan dengan insiden kebakaran yang berlaku di rumah kongsi pekerja buruh binaan di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman, berkata kebakaran itu memusnahkan 25 buah rumah kongsi yang didiami lebih 81 pekerja buruh.

“Pihak kita menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.09 pagi tadi. Kita telah menggerakkan enam anggota bersama pegawai ke lokasi kejadian dengan menggunakan bot aluminium yang terletak pada jarak kira-kira 30 kilometer (KM) dari darat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati api telah merebak sehingga menyebabkan 25 daripada 33 buah kongsi telah terbakar,” katanya kepada Getaran.

Muhammad Basri berkata, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut manakala pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut.

“Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan lapan buah lagi baki rumah kongsi berhampiran daripada turut terbakar.

“Operasi memadam kebakaran turut dibantu oleh pasukan Tindakan Kecemasan (ERT),” katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran dan kerugian masih lagi dalam siasatan.

Sementara itu, melalui satu video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Ahmad Nazrul, kelihatan pekerja di kawasan itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat api marak membakar struktur rumah kongsi berkenaan. – Getaran, 1 Mei 2024

@getaranmy Menurut laporan media, lebih 80 orang pekerja buruh binaan hilang tempat tinggal akibat kebakaran pada pagi Rabu itu. Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk memadam kebakaran. Punca masih belum diketahui. Video: Orang Awam #getaranmy #kebakaran ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang