web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 4:17PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan barang rampasan ketika sidang media situasi jenayah komersial di sini hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bertindak atas risikan, satu serbuan dijalankan di sebuah premis di Cheras pada 10 April lalu dengan lapan individu ditahan.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita warga China serta seorang wanita warga Vietnam.

"Enam daripada lapan individu terlibat telah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 16 April mengikut Seksyen 120(2) Kanun Keseksaan, manakala dua individu yang lain telah dilepaskan tanpa syarat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ramli berkata, polis turut merampas empat komputer riba, dua monitor, 10 telefon bimbit, modem, router dan wang tunai berjumlah RM3,122.

Beliau berkata, pemeriksaan dan penyiasatan terhadap barang kes mendapati sindiket itu telah beroperasi sejak Mac lalu serta berfungsi sebagai pembekal sistem rekod dan mengira wang untuk penipuan tawaran pekerjaan dalam talian.

"Sindiket berperanan sebagai pengaturcara dalam sistem pengurusan kewangan untuk sindiket penipuan dalam talian dan sindiket lain yang inginkan perkhidmatan itu hanya perlu membayar RM1,000 sebulan untuk menggunakan sistem terbabit.

"Mereka juga bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menyelesaikan semua isu berkaitan dengan sistem itu. Sindiket ini berjaya menjual sistem mereka kepada lima pelanggan yang berpangkalan di China dan semua pembayaran dilakukan dalam mata wang USDT (mata wang kripto)," katanya.

Sementara itu, Ramli berkata, pihaknya turut menumpaskan sindiket pusat panggilan menawarkan perkhidmatan penyiaran penipuan kepada warga China di Taman Maluri Cheras, 12 April lalu, berikutan penahanan lima individu terdiri daripada dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga China berusia antara 28 hingga 33 tahun.

"Mereka berperanan sebagai penyelia dan pegawai perkhidmatan pelanggan di pusat panggilan. Dua daripada lima individu yang terlibat telah didakwa di mahkamah pada 16 April mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan manakala tiga individu yang lain telah dijadikan saksi pendakwaan," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu menawarkan pakej siaran televisyen, drama dan filem palsu yang menumpukan kepada warga China. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPT Rugi Lebih RM13,000 Terpedaya Tawaran Kerja Dalam Talian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 34,000 Kes Penipuan Babit Kerugian RM1.2 Bilion Tahun Lalu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendeposit Diingatkan Tidak Buka Mesej, Hantaran Meragukan - TH

4

Semasa 2 tahun yang lalu

383 Kes Penipuan Dalam Talian Libatkan Kerugian RM5.1 Juta Di Perlis

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar