web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Berangan Boleh, Tapi Siapkan Dulu Projek Untuk Rakyat" - Pesan Mahfuz 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 4:38PM

Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - "Tak salah berangan, tetapi siapkanlah dulu perkara yang menjadi keutamaan rakyat", pesan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengenai hasrat untuk membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi. 

Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH ) itu, Muhammad Sanusi juga perlu sedar bahawa terlalu banyak pengumuman dibuatnya sebelum ini tidak menjadi kenyataan dan perlu segera direalisasikan. 

"Sebagai contoh, kerja-kerja naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) yang sepatutnya menjadi keutamaan pun belum disiapkan.

"Kemudian Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) serta litar lumba yang dijanjikan untuk anak-anak muda juga belum dilaksanakan. 

"Rasanya tak salah berangan tetapi siapkanlah semua itu dulu, termasuk menyelesaikan isu air yang menjadi keperluan rakyat. 

"Kalau nak buat LRT tak salah tetapi takkan orang nak naik pengangkutan itu dalam keadaan tak mandi?

"Pada saya apa yang dibuat sekarang ini (umum tetapi tak siapkan) seolah-olah tak masuk akal. 

"Saya fikir lebih baik beliau menyanyi menghiburkan pemimpin PAS dengan nyanyian-nyanyian merdunya daripada berangan nak buat LRT," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbukanya di sini, hari ini. 

Semalam, Muhammad Sanusi hadir menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara anak syarikat kerajaan (GLC) negeri, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan syarikat dari Korea Selatan, Royal Eco Train Development (RETD).

Ia bertujuan melaksanakan kajian untuk mewujudkan sistem pengangkutan canggih di Langkawi, melibatkan pembinaan LRT menggunakan teknologi levitasi magnet (Maglev) dan Pembangunan Berorientasikan Transi (TOD).  

Namun, setakat ini, tiada keputusan mengenai tarikh projek itu akan dimulakan.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri,  Dr Haim Hilman Abdullah, kerajaan negeri akan terlebih dulu menilai hasil kajian dilaksanakan RETD dan akan berkongsi perkara itu apabila tiba waktunya. 

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau merasakan tiada keperluan mendesak untuk membina LRT di Langkawi seperti yang dirancang oleh kerajaan negeri. 

"Kalau tengok, Alor Setar pun lebih sesak dari Langkawi tetapi di sini pun, tiada keperluan mendesak untuk membina LRT. Jadi apa yang membuatkan kerajaan negeri fikir perlu ada LRT di pulau itu? 

"Langkawi itu pun kalau nak dikira dari hujung sana sampai hujung sini, berapa jauh sangat? Jadi biarlah kita beri peluang kepada usahawan di sana untuk buat perniagaan kereta mahu pun van sewa," katanya. 

Mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu, Mahfuz menaruh keyakinan bahawa PH mampu mengekalkan penguasaan di kawasan itu. 

"Kita tak bimbang dengan usaha mahu pun kempen dibawa lawan yang cuba memainkan sentimen perkauman. Bagi saya, permainan sentimen seperti itu sudah lapuk. 

"Apabila mereka membawa pendekatan keras sebegini, masyarakat akan melihat tindakan sedemikian sebagai sesuatu yang bahaya untuk masa depan kita. 

"Buat masa ini, mereka masih terus membawa sentimen untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu kerana mahu fokus kepada undi dari kaum itu," katanya. - Getaran 30 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bersalah Memfitnah, Mahfuz Diarah Bayar RM250,000 Kepada Sanusi

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

3

Politik 2 tahun yang lalu

16 Kerusi Sudah Dalam Genggaman, ‘Nak Kejar 3 Kerusi Sahaja Lagi – Mahfuz 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Maki Hamun Di Ceramah Politik Conteng Arang Kepada Agama - Mahfuz

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 42 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad