web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Azhar Sulaiman, Leona Akui Tak Sependapat Dengan Ayah

Jelas Leona, dia tidak faham dengan pemikiran ayahnya dan tegas gadis itu, pemikirannya sama sekali berbeza.

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2024 3:19PM

Kasih Iris Leona. – Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Itulah yang berlaku kepada pelakon Azhar Sulaiman baru-baru ini apabila dia memberi cadangan kurang cerdik dengan menyuruh golongan selebriti yang lantang bersuara tentang konflik di Palestin berpindah ke Gaza.

Biarpun bertindak memadam kenyataan yang dikongsi akaun media sosialnya itu, tetapi ‘kerosakan’ telah berlaku.

Susulan daripada kenyataannya itu, anaknya Kasih Iris Leona yang juga seorang pempengaruh media sosial tampil menegaskan bahawa pendirian dan pemikirannya adalah berbeza dengan ayahnya itu.

Malah, gadis berusia 22 tahun ini mengakui dia tidak faham dengan pemikiran Azhar dan meminta agar warganet tidak ‘pukul rata’ hanya kerana mereka mempunyai pertalian darah. 

“Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pandangan saya dalam cara apa sekalipun, dan saya sangat menentang Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin,” luah Leona menerusi hantaran di Aplikasi X.

Tambah Leona, sebagai seseorang yang pernah menjejakkan kaki di bumi Palestin dan melihat keadaan di sana dengan sendiri, dia sangat menyedari kekejaman yang telah dibuat oleh puak zionis, Israel.

“Sebagai seseorang yang telah melawat Palestin dan melihat keadaan di sana dengan mata kepala saya sendiri, saya amat menyedari kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan mengakui bahawa segala yang berlaku ini telah bermula jauh sebelum 7 Oktober.

“Saya tidak melihat seperti mana ayah saya dalam banyak perkara dan gagal memahami cara dia berfikir. Jadi tolong jangan pukul rata dan jangan anggap hanya kerana kami punya pertalian darah, kami mempunyai pandangan pandangan yang sama,” ulas Leona lagi.

Ini merupakan kali kedua Azhar mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif terhadap konflik di bumi para anbiya itu. Sebelum ini dia meletakkan kesalahan kepada pejuang Hamas kerana memulakan  serangan pada 7 Oktober 2023. - Getaran, 17 Mei 2024

Foto : IG Leona

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Serangan Diperluas Dengan Hospital, Kem Pelarian Terus Disasar

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagu ‘Dia Datang’ Abad ke-21, Loque Tampil Membawa Nafas Baharu Dengan Menyuntik Elemen Gamelan Melayu

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Video Anak Azhar Sulaiman, Leona Berbikini Putih Ketika Mandi Manda Di Sungai Tular Di Media Sosial

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Mr Bean Versi Malaysia Ke? - Tarian Azhar Sulaiman Yang Bersuit Di Jalan TAR Bikin Netizen Terhibur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang