web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu ‘Dia Datang’ Abad ke-21, Loque Tampil Membawa Nafas Baharu Dengan Menyuntik Elemen Gamelan Melayu

Loque turut mengklasifikasikan lagu ini sebagai belasungkawa tertinggi buat barisan legenda yang dikenang mahupun yang tidak didendangkan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 7:14PM

Gambar Instagram Gostan Rasmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu, Loque sekali lagi tampil dengan pembaharuan menerusi lagu ‘Dia Datang’ yang dipopularkan penyanyi dan pemuzik legenda, Allahyarham Fadzil Ahmad.

Lagu malar segar yang diterbitkan pada tahun 1990 itu kini diberi nafas baharu dengan gabungan irama gamelan Melayu yang dipersembahkan projek band kolaborasi Gostan bersama penyanyi Asmidar. 

Kumpulan Gostan dianggotai dirinya sendiri bersama Loko, Bakri Ismail, Memey dan Harry Misteri.

Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar, 43, selaku ketua kumpulan berkata, kehadiran ‘Dia Datang’ dengan pembaharuan itu bukanlah untuk menyaingi versi asal, sebaliknya untuk diperdengarkan semula dengan suntikan terkini cita rasa tersendiri.

“Bukan tujuan kami untuk bersaing dengan versi asal ‘Dia Datang’ daripada Allahyarham Fadzil Ahmad. Saya cuma menyuntik unsur terkini dan mengubah mengikut cita rasa kami seolah-olah lagu sendiri.

“Diharap versi ini menjadi petunjuk kepada versi asal dan menjadi rujukan untuk evolusi bunyi gamelan Melayu,” katanya kepada Getaran.

Loque pada masa yang sama mengklasifikasikan lagu ini sebagai belasungkawa tertinggi buat barisan legenda yang dikenang mahupun yang tidak didendangkan.

Katanya, peluang untuk memperbaharui lagu itu dianggapnya sebagai satu penghormatan buat dirinya sendiri.

“Tujuan projek ini adalah memberi nafas kepada lagu-lagu lama dan penghargaan yang sewajarnya kepada pemuzik lama yang pernah berusaha memartabatkan lagu klasik tradisional.

“Dengan menerbitkan semula lagu-lagu ini dicampur sentuhan moden, kami cuba menghidupkan nilai malar hijau dan intipati isi lagu Melayu lama,” ujarnya.

Sementara itu, Loque turut berkongsi, meskipun projek terbaharu ini diberi nama ‘Gostan’, namun erti sebenarnya adalah untuk mara ke hadapan.

“Walaupun projek ini diberi nama ‘Gostan’ tetapi 'Gostan' yang dimaksudkan adalah untuk kita maju ke hadapan dan bergerak, bukan mundur.

“Ertinya, kita semua tidak boleh selesa dengan status quo landskap dunia seni yang rancak berkembang pada era modernisasi, kita harus perkuatkan jati diri,” jelasnya.

Tambah Loque, muzik video bagi ‘Dia Datang’ ini turut sarat dengan ‘tarian Nusa’ yang santai lagi bersahaja di tengah-tengah ibu kota yang dipersembahkan oleh pelakon Azhar Sulaiman.

Mengetengahkan pelakon, Azhar Sulaiman dalam muzik video ‘Dia Datang’, LoQue berkata, dia kagum Azhar sanggup menari depan orang ramai ketika penggambaran dibuat pada Ramadan lalu di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu kota. 

Lagu ‘Dia Datang’ versi baharu ini boleh diperdengarkan menerusi platform penstriman muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer serta YouTube. – Getaran, 23 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

Anak Azhar Sulaiman, Leona Akui Tak Sependapat Dengan Ayah

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Terfikir Nama ‘Bayi Tabung Uji’ Bagi Projek Baharu, Namun Ditukar Kerana Bimbang Pandangan Buruk Orang Lain - Loque

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Video Anak Azhar Sulaiman, Leona Berbikini Putih Ketika Mandi Manda Di Sungai Tular Di Media Sosial

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa