web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

Lebih rela hasilkan 100 ke 200 karya yang sentiasa dikritik, daripada tidak buat apa-apa tapi asyik mengkritik hasil kerja orang lain dengan mendakwa lagu dihasilkan tidak bagus.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 4:25PM

MonoloQue mengakui tidak peduli dikritik sebagai syok sendiri. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sering dilabel ‘syok sendiri’ dengan hasil karya lagu yang terlalu berseni, berat sehingga sukar difahami pendengar muzik penyanyi dan komposer, MonoloQue, mengakui tidak peduli akan hal tersebut. 

“Sejujurnya, dikritik orang pasal muzik dan lagu, dilabel syok sendiri, bukan perkara asing lagi bagi diri saya. Saya dapat itu hari-hari daripada peminat sendiri, peminat luar, orang baru dan orang lama, macam-macamlah. 

“Bagi saya sebagai penggiat seni, kita patut bebas. Sebab saya lagi sanggup 'anyam tikar' (buat kerja) berbanding tak buat apa-apa tapi asyik mengkritik orang. 

“Pendirian saya seni itu tidak patut ‘dipenjarakan’. Malah, penggiat seni itu sendiri pun tidak patut penjarakan (tidak bebas berkarya diri atau dipenjarakan daripada gaya, dipenjarakan daripada reputasi,” katanya kepada Getaran.

Loque berkata, demikian ketika ditemui pada pelancaran Muzik Video (MV) karyanya yang berjudul ‘Lagu Cinta’ dan ‘Dia Datang’ di pawagan mini P Ramlee FINAS baru-baru ini.

Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar berkata, dirinya sedia menerima kritikan orang kerana menghormati setiap orang berhak menyuarakan pandangan masing-masing.

Tambahnya, dia tidak ‘sakit’ dengan kritikan diberikan kerana disifatkan lebih baik daripada menjadi individu yang hanya tahu mengkritik orang lain dan tidak buat apa-apa.

MonoloQue memilih untuk 'anyam tikar' (buat kerja) berbanding tak buat apa-apa tapi asyik mengkritik orang. - Gambar PR
MonoloQue memilih untuk 'anyam tikar' (buat kerja) berbanding tak buat apa-apa tapi asyik mengkritik orang. - Gambar PR

“Saya lagi rela buat 100 ke 200 karya yang sentiasa dikritik, daripada tidak buat apa-apa tapi asyik mengkritik hasil kerja orang lain dengan mendakwa lagu dihasilkan tidak bagus.

“In Sha Allah saya akan terus bertahan dalam perjuangan muzik ini dan tidak berasa kecewa walau sedikit hanya disebabkan kritikan tidak membina itu. 

“Lagipun, memang kena ada ‘syok sendiri’ kalau kita nak berkarya kerana ia juga sebahagian daripada pemangkin semangat. Kalau bukan diri sendiri siapa lagi akan memberi semangat ini,” ujarnya.

Terdahulu, LoQue bersama anggota MonoloQue iaitu Afiz Loko, Bakri Ismail, Memey dan Harry Misteri muncul dengan ‘band projek’ serta melancarkan lagu dan muzik video (MV) ‘Gostan’.

Lagu ‘Raja Gambus’ nyanyian asal Allahyarham Fadzil Ahmad itu diterbitkan oleh penerbitan Pancasona bersama Gostan dan Asmidar. 

Bersama MonoloQue juga dilancarkan satu single baharu, 'Lagu Cinta' beserta MV yang menceritakan hubungan kasih sayang dengan kekasih, ibu bapa, keluarga, adik-beradik dan sebagainya. – Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagu ‘Dia Datang’ Abad ke-21, Loque Tampil Membawa Nafas Baharu Dengan Menyuntik Elemen Gamelan Melayu

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Terfikir Nama ‘Bayi Tabung Uji’ Bagi Projek Baharu, Namun Ditukar Kerana Bimbang Pandangan Buruk Orang Lain - Loque

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Single Fahimi Rahmat dan Athalia, Rief Daniel, Da Know, Yovie & His Friends - Lagu Cinta Penuh Variasi

4

Kolum 3 tahun yang lalu

Kaleidoskop Sebuah Poligami Dan Cinta Tidak Kesampaian – Kisah Kahwin Syamsul Yusof Dan Lagu Poligami 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa